Pempengaruh Norreen Iman meluahkan rasa kerinduan untuk melalui proses kehamilan selepas melihat ramai rakannya baru dikurniakan cahaya mata.
Menerusi perkongsian di Threads, Norreen memberitahu dia juga masih mengingati momen ketika berpantang dua orang anaknya.
Advertisement
“Aku tengok kawan-kawan aku mostly dah ada baby baru. Alhamdulillah. Sekali scroll semua fasal baby. Fuhhh dia punya feel aku cakap, terus rasa macam nak ada baby lagi.
“I miss the pregnancy journey. Waktu pregnancy la, waktu bersekang mata selepas tu aku tak lupa la. Siapa yang cuit siapa, siapa yang bangun malam, memang berdekak kalau ingat balik. Jadi nak kena pregnant ke ni?” kongsinya.
Bagaimanpun menurut Norreen, dia mahu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya dalam 80 hingga 85 kilogram sebelum mahu mencuba untuk hamil.
“Bila nak mengandung, banyak aku fikir. Aku nak kena lose weight dulu. At least berat aku 80-85kg baru aku lega. Sebab aku tau berat aku akan spike macam mana bila pregnant. Mana mau nya, berat anak aku lepas bersalin.
“Aku nak susut badan dulu. Aku dah tak nak obese. Bila dah lose weight, aku nak pergi gym balik.
Nak gain muscles. Nak reduce flabby skin. Baru nak pregnant. Semoga dipermudahkan,” ujarnya.