Skip to main content

Hiburan

Risau Penyakit Ain, Netizen Pesan Fattah Amin & Amira Othman Kurang Tunjuk Mesra Di Media Sosial - “Tegur Sebab Sayang”

Fattah Amin

Ringkasan AI

  • Seorang pengguna Threads, @nha2510, bimbang kemesraan mereka boleh menyebabkan penyakit ‘Ain.’
  • Wanita itu menegaskan tidak semua orang suka melihat kemesraan pasangan di media sosial.
  • Dia turut mendoakan agar perkahwinan Fattah dan Amira kekal hingga ke akhir hayat.
  • Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September di Golden Palm Tree, Sepang.

Selepas lebih sebulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti iaitu Fattah Amin dan Amira Othman menyorot perhatian netizen yang tampil memberikan teguran kepada mereka.

Menerusi ruangan komen di aplikasi Threads, seorang pengguna yang dikenali sebagai @nha2510 meminta pasangan itu untuk tidak terlalu menunjukkan kemesraan mereka di media sosial kerana bimbang dengan kemungkinan terkena penyakit ‘Ain’.

Perjelas wanita itu lagi, tidak semua yang pihak akan menyukai apa yang mereka lihat di media sosial.

Di akhir ucapan, wanita itu menitipkan doa buat Fattah dan Amira agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Almaklumlah, rambut sama hitam, hati  lain-lain. Ada yang suka dan ada juga yang tak.”

“Maaf sekali lagi sekiranya teguran akak menyinggung perasaan. Semoga hubungan anda suami isteri kekal ke akhir hayat.”

Sekadar info, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Golden Palm Tree, Sepang pada 14 September lalu.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nur Fazura namun sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. 

Hasil perkongsian hidup itu, Fattah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement