Skip to main content

Hiburan

Rizal Rasid Kagum Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia di Sambutan Hari Kebangsaan - “Kalau Konsert Memang Meriah Tapi…”

RIZAL ALPHA

Penyanyi yang juga anggota kumpulan Alpha, Rizal Rasid, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya 

Menurut Rizal, pengalaman itu cukup berharga kerana ini merupakan kali pertama dirinya, sebagai rakyat Brunei turun padang meraikan detik bersejarah bersama rakyat Malaysia.

“Pengalaman saya sebagai orang Brunei yang mewakili Alpha untuk meraikan kemerdekaan di Putrajaya adalah satu pengalaman baru untuk saya.

“Sebelum ini saya hanya menonton perarakan Hari Kebangsaan Malaysia di televisyen tetapi kali ini saya berpeluang sendiri berada di sana dan merasai suasananya. Ia memang sangat menarik,” katanya kepada Gempak. 

Tambah Rizal lagi, kenangan paling berharga sepanjang perarakan tersebut adalah melihat sendiri semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

Advertisement

“Momen yang paling saya ingat adalah suasana yang diberikan oleh penonton. Saya tak pernah rasa vibe sebegini sebelum ini. Kalau konsert memang meriah, tapi kemeriahan di sambutan Hari Kebangsaan ini lain.

 “Di sini saya boleh rasa betul-betul jiwa kemerdekaan rakyat Malaysia. Sebagai orang luar, saya sangat terinspirasi melihat bagaimana mereka bersatu padu meraikan hari bersejarah ini,” ujarnya.

Selain Rizal, turut sama-sama turun padang meraikan Hari Kebangsaan ke-68 adalah Daniel Sher, Sky, Ray-D dan Araff. 

Sambutan Hari Kebangsaan turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Must-Watch Video