Skip to main content

Hiburan

Rozita Che Wan Jenis Ibu Mentua Yang 'Chill', Tak Campur Urusan Rumah Tangga Anak-Anak - “Kalau Cuti Nak Bangun Lambat Tiada Masalah…”

Rozita Che Wan Jenis Ibu Mentua Yang 'Chill', Tak Campur Urusan Rumah Tangga Anak-Anak - “Kalau Cuti Nak Bangun Lambat Tiada Masalah…”

Sekilas

  • Rozita Che Wan mengaku dirinya ibu mentua yang santai dan tidak mencampuri urusan rumah tangga anak sulungnya, Ammar Effendy, dan menantu, Auni Yasmin.
  • Che Ta lebih banyak menasihati anak lelakinya kerana percaya suami memainkan peranan penting dalam membentuk rumah tangga yang harmoni.
  • Walaupun sedih selepas perkahwinan Ammar, Che Ta belum bersedia menjaga cucu kerana sibuk dengan kerjaya dan perniagaan, dan mengutamakan kualiti keluarga.
Advertisement

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengakui dirinya merupakan seorang ibu mentua yang santai. 

Malah, dia juga enggan mencampuri urusan rumah tangga anak sulungnya, Ammar Effendy dan menantu, Auni Yasmin.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, dia mengamalkan layanan yang sama seperti pernah diterimanya daripada bekas ibu mentua suatu ketika dahulu.

“Saya mak mentua dari syurga. Saya jenis yang okay sahaja. Sepanjang mereka kahwin, baru hujung minggu ini mereka balik rumah saya. Tapi saya pula tak ada di rumah, Ammar pun sibuk dengan kejohanan golf.

“Saya mak mentua yang chill sebab bekas mak mentua saya dulu sangat chill. Dia ada pembantu rumah, kita nak basuh pinggan pun dia kata tak apa, biar pembantu yang buat,” katanya.

Tambah Che Ta, dia juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada menantu apabila berada di rumahnya.

“Kalau cuti, nak bangun lambat, bangunlah. Tak ada apa pun nak buat di rumah saya.

“Saya cuma buat apa yang saya rasa seronok dulu. Kalau suami tak ada, nak masak ke tak nak masak, nak tidur sampai lambat pun tak ada masalah,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 52 tahun itu berkata dia lebih banyak menasihati anak lelakinya berbanding menantu kerana percaya suami memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah rumah tangga.

“Saya perempuan, jadi saya tahu apa yang kita nak dalam rumah tangga.

“Saya nasihat Ammar, kalau perangai macam ‘makhluk hampas’, macam mana nak dapat isteri syurga? You kena bagi syurga, baru you dapat syurga.

“Alhamdulillah Auni budak baik. Yang saya tahu mereka pun solat Subuh berjemaah,” katanya.

Mengulas mengenai perkahwinan Ammar, Che Ta mengakui hanya benar-benar berasa sedih selepas majlis selesai apabila menyedari anak lelakinya tidak lagi tinggal serumah dengannya.

“Masa bagi ucapan saya tak sebak lagi.

“Tapi bila mereka dah kahwin, tiap-tiap malam rasa macam nak menangis sebab tengok bilik Ammar kosong.

“Selama 30 tahun dia duduk dengan saya,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan untuk menimang cucu, Che Ta berseloroh dia belum bersedia menjaga cucu kerana masih sibuk menguruskan kerjaya dan perniagaan.

“Kalau nak beranak jangan suruh aku jadi orang gaji pula.

“Main-main dua tiga minit dengan cucu tak apa, tapi jangan suruh saya jaga. Saya pun sibuk.

“Tak payah ramai-ramai cucu. Anak pun tak perlu ramai, yang penting kualiti. Bila tak ramai, kita boleh beri pendidikan dan kehidupan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, Ammar dan Auni mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober tahun lalu.

Ammar kini bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan, sementara Auni bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat swasta.

Untuk rekod, Ammar Effendy mendirikan rumah tangga dengan Auni Yasmin pada 26 Jun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

ATIKOTA Women Wedge Simple Sandals Square Toe Solid Color Comfortable Women Casual Slippers

ATIKOTA Women Wedge Simple Sandals Square Toe Solid Color Comfortable Women Casual Slippers

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Must Watch Video

Advertisement