Skip to main content

Selebriti

Rupanya Syamel Dah Pesan Makanan, Hanya Tunggu Ernie Sampai - “Tiba-Tiba Dapat ‘Call’ Dia Menang, Menjerit Jugalah Dekat Kedai…”

Syamel ernie

Sekilas

  • Syamel teruja dan sudah pesan makanan untuk meraikan kemenangan isteri, Ernie Zakri, sebagai Bintang Paling Popular ABP37.
  • Ernie terpaksa berpatah balik ke Premiera Hotel untuk menerima anugerah utama secara tiba-tiba pada malam tersebut.
  • Ernie membawa pulang trofi, wang tunai RM30,000, dan juga menang kategori Penyanyi Wanita Popular.

Penyanyi, Syamel menyatakan rasa gembira sebaik sahaja mendapat tahu isteri kesayangannya, Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular (ABP37) pada Jumaat.

Disebabkan keterujaan itu juga Syamel berkata dia sudah siap memesan makanan untuk meraikan bersama Ernie di sebuah restoran.

Namun, belum sempat mereka bertemu di lokasi yang dijanjikan, Ernie secara tiba-tiba terpaksa berpatah balik ke Premiera Hotel, Kuala Lumpur, untuk menerima anugerah  Bintang Paling Popular.

“Saya sebenarnya dah menunggu Ernie untuk datang ke tempat dijanjikan bagi meraikan anugerah pertama yang dia menang.

“Dah pesan semua… banyak saya pesan untuk enam hingga tujuh orang makan. Tiba-tiba dapat panggilan dia menang anugerah utama. Menjerit juga di kedai ini,” kongsinya menerusi video pendek di Insta Stories.

Dalam pada itu, Syamel juga sempat mengusik isterinya dia mana dia bakal menikmati makanan itu bersama Bintang Paling Popular.

“Saya akan bungkus makanan ini dan balik ke rumah. Di rumah, saya bukan bersama orang biasa. Saya bersama Bintang Paling Popular

“Jom balik dan makan bersama Bintang Paling Popular,” ujarnya.

Terdahulu, Ernie terpaksa naik ke atas pentas untuk menerima anugerah kategori utama dalam keadaan tidak bersedia.

Kata Ernie, sebenarnya dia sudah pulang awal namun tidak menyangka akan diumumkan sebagai Bintang Paling Popular pada malam itu.

Ernie turut membawa pulang trofi serta wang tunai RM30,000, selain memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Must-Watch Video

Advertisement