Skip to main content

Bollywood

Salman Khan Dedah Tidak Pernah Baca Skrip Semua Filemnya

Astro Gempak salman khan

Sekilas

  • Salman Khan, bintang Bollywood terkenal, mendedahkan dia tidak pernah membaca skrip filem yang ditawarkan sepanjang kariernya.
  • Beliau lebih fokus pada perjalanan cerita, emosi, dan nilai komersial dalam setiap filem yang dilibatkan.
  • Salman kini menerbitkan filem baru melalui Salman Khan Films dan dijangka muncul dalam filem Aidilfitri 2027 bersama Nayanthara.
Advertisement

Salman Khan adalah seorang bintang Bollywood yang sangat berjaya dan popular. Beliau telah membintangi banyak filem pecah panggung sejak pertama kali terlibat dengan dunia hiburan pada tahun 1988.

Kini, pada usia 60 tahun dan telah mencetak pelbagai sejarah serta menjadi salah satu pesohor yang sangat disegani, Salman mendedahkan tidak pernah membaca skrip filem yang ditawarkan kepadanya.

Advertisement

“Saya tidak pernah membaca skrip seumur hidup saya. Saya menulisnya tapi tidak membaca,” ujar Salman dalam temu bual bersama Variety India yang telah mencuri perhatian peminat.

Menurutnya, berbanding membaca skrip dari mula sehingga habis, beliau lebih mementingkan ‘perjalanan’ filem, emosi dan nilai komersial yang diserapkan.

Pengakuan tersebut menjadi perbualan  hangat peminat yang menyifatkan cara Salman sebagai unik serta memiliki naluri yang kuat dengan filem serta kariernya.

Terkini, Salman menerusi Salman Khan Films akan menerbitkan karya baharu Maatrubhumi, yang diketahui berjudul Battle of Galwan pada Mac lalu sebelum judulnya ditukar selepas beberapa perubahan berlaku.

Aktor itu juga dilaporkan terlibat dengan filem yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri 2027 kelak bersama Nayanthara.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement