Skip to main content

Hiburan

Satu-Satunya Wakil ASEAN Ke Final! Yazmin Aziz Sedia Gegar Pentas Silk Way Star

Yazmin Aziz

Penyanyi, Yazmin Aziz, meluahkan rasa syukur dan terharu apabila berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan antarabangsa Silk Way Star sekali gus menjadi satu-satunya wakil dari ASEAN dalam saingan tersebut.

Menurut Yazmin, tanggungjawab itu bukan kecil, malah menjadi motivasi buatnya memberikan persembahan terbaik.

“Bila fikir I’m the only ASEAN representative dalam competition ni, saya rasa sangat besar tanggungjawab tu. Saya bukan hanya bawa nama Malaysia, tapi seluruh ASEAN family. It feels surreal. I remind myself I have a very important role so I take it seriously. It’s an honour and at the same time satu motivasi untuk selalu buat yang terbaik,” katanya kepada Gempak. 

Berkongsi mengenai saingan pentas akhir, Yazmin mengakui semua finalis yang terpilih hadir dengan bakat dan latar belakang muzik yang kuat.

“Semua finalis memang sangat berbakat, masing-masing ada keunikan tersendiri. Ramai yang datang dari competition-competition lain seperti The Voice dan sebagainya. Persaingan memang kuat, sebab semua datang dari background muzik yang berbeza. Tapi that’s the beauty of Silk Way Star. 

“Kita belajar, kita exchange budaya dan kita push each other to be better. Honestly, I’m so proud to stand among them. For the finals, the show bagi saya cabaran. Saya hanya boleh bawa lagu mid tempo atau fast tempo. Lagu sendiri. 

“Saya membuat lagu baru yang akan keluar Jumaat ni.  Ada instrument gambus dan kami tambahkan traditional instrument Kazakhstan iaitu Dombra. Bahasa pun campuran Kazakh dan Bahasa Inggeris. Since it’s the finals, the goal is to use my strengths and put it all into a song,” tambahnya.

Dalam pada itu, bintang Big Stage musim ke-4 ini juga turut berharap persembahannya nanti menjadi antara yang paling diingati dalam kariernya.

“Harapan saya adalah untuk memberikan performance yang terbaik dalam hidup saya dan memukau para penonton supaya mereka ingat saya dan lagu saya. The emotion and the story, yang saya cuba sampaikan. I want to be remembered even after silk way star. By the Malaysian audience dan Insya’Allah orang-orang Kazakhstan. 

“Kalau ada rezeki menang, alhamdulillah. Saya sangat-sangat bersyukur kerana sudah lama saya berusaha dalam industri ini. Saya sangat berharap perjalanan ini membuka lebih banyak pintu untuk saya dan muzik Malaysia di pentas dunia,” ujar Yazmin. 

Yazmin juga memohon sokongan daripada rakyat Malaysia untuk mengundinya bagi menjamin kemenangannya dalam program tersebut. 



 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Yazmin Aziz (@yazmin.aziz)

Sekadar info, Yazmin merupakan antara tujuh bintang yang berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Silk Way Star. Yazmin juga berjaya menguasai pentas itu selepas dinobatkan sebagai juara mingguan sebanyak empat kali. 

 

Must-Watch Video

Advertisement