Skip to main content

Hiburan

“Saya Bangga Dengan Diri Sendiri, Ini Hanya Permulaan” - Imranul Effendy

“Saya Bangga Dengan Diri Sendiri, Ini Hanya Permulaan” - Imranul Effendy

Sekilas

  • Pelakon baharu Imranul Effendy terkejut dan gembira apabila namanya tercalon dalam kategori Fresh Rising Star Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026.
  • Imranul menganggap pencalonan ini sebagai rezeki dan motivasi untuk terus berusaha dalam projek akan datang tanpa meletakkan kemenangan sebagai sasaran utama.
  • Beliau berbangga dengan perjalanan kerjayanya yang bermula dari penghasilan kandungan, efek khas (SFX), dan jurusolek sebelum membina nama sebagai pelakon.
Advertisement

Pelakon baharu Imranul Effendy mengakui tidak menyangka namanya tercalon dalam kategori Fresh Rising Star Terhangat menerusi Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026.

Menurut Imranul, pencalonan tersebut cukup mengejutkan kerana pada awalnya dia menyangka hanya hadir sebagai jemputan dan tidak pernah membayangkan namanya tersenarai sebagai calon.

Advertisement

“Saya sangat gembira sebab tak terbayang pun boleh tercalon. Bila dapat tahu, rasa macam nak terjatuh dari kerusi.

“Saya fikir, betul ke saya tercalon? Ingatkan datang sebagai ‘guest’ saja. Jadi Alhamdulillah, ini rezeki saya,” katanya.

Tambahnya, pencalonan tersebut menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras dalam projek akan datang, namun kemenangan bukanlah sasaran utama.

Advertisement

“Saya akan buat peranan saya untuk berkempen dan ajak peminat mengundi sebab itu tanggungjawab bila dah tercalon.

“Tapi menang atau kalah bukan titik utama. Dapat tercalon pun saya dah sangat-sangat bersyukur,” ujarnya.

Mengimbas perjalanan kerjayanya, Imranul turut berbangga apabila melihat perubahan dirinya daripada menghasilkan kandungan, terlibat dalam bidang efek khas (SFX) dan jurusolek sebelum mula membina nama sebagai pelakon.

“Saya tengok semula perjalanan daripada mula buat kandungan, buat SFX, jadi MUA sehingga berada di tempat sekarang.

“Saya sangat bangga dengan diri sendiri dan rasa ini hanyalah permulaan untuk saya dalam industri,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement