Skip to main content

Hiburan

“Saya Kini Teman Lelaki Kepada…” - Firdaus Ghufran

Firdaus Ghufran

Sekilas

  • Firdaus Ghufran telah mengumumkan di Instagram bahawa dia kini secara rasmi mempunyai teman wanita.
  • Pelakon drama Budak Tebing itu berkongsi foto mesra bersama wanita tersebut yang berdiri di belakangnya.
  • Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi positif dan ucapan tahniah daripada warganet, serta Firdaus meminta doa yang terbaik daripada semua.

Perkongsian terbaharu pelakon, Firdaus Ghufran di Instagram (IG) telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dibuat, Firdaus dilihat memuat naik foto mesra bersama seorang wanita yang sedang berdiri di belakangnya.

Ujar pemilik nama Muhammad Firdaus Ghani Ghufran itu, dia sudah pun bergelar teman lelaki kepada wanita tersebut.

“Saya kini secara rasminya merupakan kekasih kepada seseorang,” kongsinya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menuai pelbagai reaksi dan komen daripada warganet yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat Firdaus.

Malah, pelakon drama Budak Tebing ini turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.

Sumber: IG Firdaus Ghufran

Must-Watch Video

Advertisement