Skip to main content

Kecantikan

"Saya Sangka Sapphire Akan Jadi Juara" - Eunice Wong Tak Jangka Menang Miss Universe Malaysia 2026

"Saya Sangka Sapphire Akan Jadi Juara" - Eunice Wong Tak Jangka Menang Miss Universe Malaysia 2026

Sekilas

  • Eunice Wong, 37 tahun, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 dan berazam menggunakan pengalaman antarabangsa untuk menyumbang kepada negara.
  • Beliau mengakui tidak menjangka kemenangan dan mahu membawa nama Malaysia lebih jauh selepas banyak berucap mengenai kewangan dan pemerkasaan wanita di luar negara.
  • Eunice percaya sudah tiba masanya generasinya memainkan peranan besar dalam pembangunan negara dan akan mewakili Malaysia di Miss Universe 2026 di Puerto Rico.
Advertisement

Dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 pada usia 37 tahun membuka lembaran baharu buat usahawan, Eunice Wong yang mahu menggunakan pengalaman antarabangsanya untuk menyumbang kembali kepada negara.

Malah, Eunice mengakui tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang kerana pada awalnya menjangkakan pencabar terdekatnya, Sapphire Wong bakal membawa pulang mahkota ‘Star of the East’.

Advertisement

“Saya sangat bersyukur. Sejujurnya, saya menyangka Sapphire akan menjadi juara dan saya juga merasakan dia sememangnya layak menerima gelaran ini.

“Saya sendiri tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang, tetapi apa pun, saya sangat bersyukur dengan apa yang berlaku malam ini,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai perancangannya selepas kemenangan tersebut, Eunice berkata, sebahagian besar perjalanan kerjaya dan kehidupannya sebelum ini banyak melibatkan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Dia juga pernah berucap di pelbagai negara khususnya mengenai bidang kewangan dan pemerkasaan wanita.

Bagaimanapun, pengalaman tersebut akhirnya membuatkan Eunice sedar sudah tiba masanya untuk memberikan sesuatu kembali kepada Malaysia.

Advertisement

“Dengan gelaran Miss Universe Malaysia ini, saya mahu melakukan sesuatu untuk negara sendiri.

“Selama ini, saya banyak bergerak di peringkat antarabangsa, termasuk berucap di seluruh dunia mengenai topik kewangan dan pemerkasaan wanita. Tetapi saya sedar, saya belum banyak melakukan sesuatu untuk negara sendiri.

“Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya kembali menyumbang kepada Malaysia.

“Itulah antara sebab saya menyertai Miss Universe Malaysia, kerana saya mahu mewakili negara dan membawa nama Malaysia lebih jauh,” ujarnya.

Eunice turut berpandangan Malaysia sebenarnya mempunyai ramai individu berbakat, namun sebahagian daripada mereka memilih untuk mengembangkan kerjaya dan kepakaran di luar negara.

“Saya percaya Malaysia mempunyai begitu banyak bakat. Tetapi malangnya, kita sering melihat bakat-bakat ini meninggalkan negara dan menggunakan kebolehan mereka untuk membangunkan negara lain.

“Saya sendiri sudah melakukan banyak perkara di negara lain dan pada masa sama, pengalaman di luar negara turut banyak membentuk diri saya.

“Jadi, dengan pengalaman dan pendedahan antarabangsa yang saya miliki, saya mahu membawanya kembali ke negara kita,” katanya.

Melihat perkembangan semasa, Eunice percaya sudah tiba masanya generasinya memainkan peranan lebih besar dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

“Saya rasa sekarang adalah masa untuk Malaysia. Saya juga melihat ramai bakat daripada generasi saya mula kembali dan menyumbang kepada negara.

“Saya nampak satu perkembangan yang cukup besar sedang berlaku dan saya sangat teruja untuk menjadi salah seorang yang dapat memainkan peranan serta menjadi sebahagian daripada perubahan ini,” katanya.

Untuk rekod, Eunice dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 selepas menewaskan 12 finalis lain pada malam kemuncak pertandingan tersebut pada Sabtu lalu.

Sapphire Wong diumumkan sebagai naib juara, diikuti Amreet Kaur di tempat ketiga manakala Emanuelle Mah melengkapkan kelompok empat terbaik.

Kemenangan itu menyaksikan Eunice bakal membawa cabaran Malaysia ke pentas Miss Universe 2026 yang dijadualkan berlangsung di Puerto Rico pada November ini.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Must Watch Video

Advertisement