Skip to main content

Drama

“Saya Selalu Terfikir, Bagaimana Kalau Tuhan Tiba-Tiba Tarik Nikmat Penglihatan…” - Zahiril Adzim Terkesan Bawa Watak Firdaus

Zahiril

Sekilas

  • Zahiril Adzim berkongsi pengalaman mendalam membawakan watak Firdaus dalam drama Aku Pilih Pelangi yang menguji emosi apabila wataknya hilang penglihatan dan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
  • Drama 12 episod ini turut menampilkan Mira Filzah dan Noki K-Clique, mengisahkan cabaran perkahwinan dan tekanan emosi apabila isteri mengambil alih tanggungjawab keluarga.
  • Aku Pilih Pelangi boleh distrim di aplikasi Viu setiap Khamis dan Jumaat, mengangkat tema cinta, tanggungjawab, dan dilema pilihan hidup dalam realiti perkahwinan.
Advertisement

Pelakon, Zahiril Adzim mengakui watak Firdaus yang dibawakannya dalam drama Aku Pilih Pelangi memberi kesan emosi yang mendalam terhadap dirinya sepanjang menjayakan naskhah tersebut.

Menurut Zahiril, karakter Firdaus bukan sekadar seorang suami dan bapa, malah lelaki yang memikul tanggungjawab besar sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Advertisement

Malah, dia juga sukar membayangkan kehidupan seorang suami yang menanggung keluarga tiba-tiba kehilangan penglihatan seperti dialami karakter tersebut.

“Karakter itu sendiri bila dia seorang suami, bapa dan juga seorang provider yang mencari rezeki untuk isteri, anak dan dalam masa yang sama beri duot belanja untuk ayah dan adik perempuannya.

“Tiba-tiba penglihatannya ditarik, jadi dia hilang punca segala-galanya kerana sebagai seorang arkitek, dia sangat bergantung kepada visual.

“Apabila perkara utama yang menjadi kekuatannya itu ditarik, ia merupakan satu ujian yang sangat berat dan dia juga tidak bersedia untuk menghadapi ujian tersebut,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tambah Zahiril, watak tersebut juga membuatkan dirinya sering berfikir tentang kehidupan sekiranya berdepan situasi sama dalam dunia nyata.

“Saya selalu terfikir, kalau Tuhan tiba-tiba tarik penglihatan saya, macam kehidupan saya nanti? Saya sendiri pun tak boleh nak bayangkan perkara itu.

“Pada saya, ujian yang dilalui oleh mereka yang mengalami sakit sebegitu sangat berat. Karakter itu sendiri sangat tertekan dan ia turut memberi kesan kepada saya,” ujarnya.

Selain Zahiril, siri 12 episod ini juga turut dibintangi oleh Mira Filzah dan Noki K-Clique.

Aku Pilih Pelangi boleh distrim di aplikasi Viu, setiap hari Khamis dan Jumaat.

Diterbitkan oleh Global Film Station, drama arahan Riza Baharudin, ini melangkaui kisah romantik dengan mengangkat realiti sebuah perkahwinan yang diuji apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan, serta tekanan emosi di dalam perhubungan.

Siri ini mengisahkan Firdaus (Zahiril Adzim), seorang arkitek yang hilang penglihatan akibat penyakit jarang berlaku, hingga isterinya Nayla (Mira Filzah) terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Dalam usaha membantu Firdaus menyesuaikan diri, Nayla memasang tali panduan di rumah, namun tekanan emosi semakin membebankannya.

Dalam keletihan itu, Nayla menemui ketenangan bersama rakan lama, Iskandar (Noki K-Clique), yang kehadirannya mula menguji kesetiaan.

Pada masa sama, Firdaus menyedari perubahan dalam hubungan mereka. Naskhah ini mengangkat tema cinta, tanggungjawab dan dilema pilihan hidup.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Must Watch Video

Advertisement