Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Tak Melihatnya Sebagai 'Perang'" - Izzue Islam Anggap Lambakan Lagu Raya Bukan Persaingan

Astro Gempak izzue Perang laguraya

Sekilas

  • Izzue Islam dan Dehaniff berkolaborasi dalam lagu raya baharu berjudul Dulu Kini Raya yang menggabungkan elemen nostalgia dan sentuhan moden.
  • Izzue melihat lambakan lagu raya sebagai sesuatu yang positif dan berharap lagu mereka menjadi pilihan ramai semasa Aidilfitri.
  • Dehaniff yakin lagu ini mudah dinikmati pelbagai lapisan usia kerana gabungan beberapa genre muzik yang ceria.

Kehadiran lagu raya baharu terus menyemarakkan industri muzik tempatan, termasuk kolaborasi antara Izzue Islam dan Dehaniff menerusi lagu duet Dulu Kini Raya .

Bagi Izzue, lagu tersebut cukup dekat dengan dirinya kerana membawa elemen nostalgia yang mengingatkan kenangan beraya sejak zaman kanak-kanak.

“Lagu ini ada aura klasik raya yang kita semua rindu. Dalam masa sama, ada sentuhan moden supaya generasi sekarang pun boleh menikmatinya. Elemen nostalgia itu memang terasa, seperti kenangan kita beraya dulu-dulu, cuma bunyinya lebih segar dan itu yang menjadikan lagu ini ada identiti tersendiri,” katanya.

Mengulas tentang lambakan lagu raya setiap tahun, Izzue melihat perkembangan itu dari sudut positif dan bukan sebagai persaingan.

“Bagi saya, lebih banyak lagu raya diterbitkan, lebih meriah suasana Aidilfitri. Saya tidak melihatnya sebagai ‘perang lagu raya’, sebaliknya rakan-rakan artis sama-sama menyumbang warna untuk sambutan perayaan ini.

“Setiap lagu ada peminatnya tersendiri. Saya harap Dulu Kini Raya boleh menjadi antara lagu yang dimainkan orang ramai ketika memandu pulang ke kampung atau ketika berkumpul bersama keluarga di rumah,” jelasnya.

Dalam masa sama, Dehaniff turut berkongsi keyakinannya terhadap lagu tersebut yang menggabungkan pelbagai elemen muzik untuk menarik pendengar pelbagai lapisan usia.

“Lagu ini menggabungkan beberapa genre dan mudah untuk dinikmati oleh semua. Apabila mendengarnya, ia boleh memberikan rasa gembira.

“Ketika merakam lagu ini, saya tidak terlalu gementar, sebaliknya lebih teruja. Saya percaya dengan kelainan yang kami tampilkan, Insya-Allah lagu ini mampu menarik perhatian pendengar,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement