Skip to main content

Viral

Sebak! PU Riz Hulur Bantuan Kepada Balu Arwah Amirul, Anak-Anak Terima Basikal - "Kita Bantu Mana Yang Boleh"

Astro Gempak puRiz (1)

Sekilas

  • PU Riz turun padang bantu keluarga arwah Amirul dengan sumbangan barangan keperluan harian, susu bayi, dan basikal untuk anak-anak.
  • Bantuan disalurkan termasuk keperluan asas untuk tiga bulan serta tiga basikal untuk anak-anak yang bersekolah.
  • PU Riz berharap sumbangan itu dapat meringankan beban balu dan anak-anak serta membawa kegembiraan kepada mereka.

Kisah menyentuh hati melibatkan pendakwah bebas, PU Riz, kembali menjadi perhatian apabila tampil membantu sebuah keluarga yang kehilangan ketua keluarga, arwah Amirul.

Dalam usaha meringankan beban balu dan anak-anak, PU Riz turun sendiri menyampaikan pelbagai sumbangan termasuk barangan keperluan harian, susu bayi serta hadiah istimewa berupa basikal.

Menurutnya, walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan sepenuhnya, dia tetap berusaha memastikan bantuan tersebut disampaikan.

“Penat sikit, tapi nak kena hantarlah. Dah bawa basikal, susu dan beberapa perkara lagi. Insya-Allah, kita sampaikan kepada dia,” katanya.

Selain keperluan asas, PU Riz turut menghadiahkan basikal sebagai tanda menggembirakan anak-anak arwah.

“Kita beli basikal sikit hari ini untuk balu arwah Amirul. Sajalah bagi mereka 'happy' sikit. Kita bantu mana yang boleh,” ujarnya.

Difahamkan, balu berkenaan mempunyai empat orang anak, termasuk seorang yang masih kecil berusia sekitar dua tahun.

PU Riz menjelaskan, tiga basikal disediakan khusus untuk anak-anak yang bersekolah, manakala anak bongsu turut menerima keperluan seperti susu dan botol.

“Kalau tak silap saya, dia ada anak seorang umur sembilan tahun, seorang darjah empat, seorang darjah lima dan seorang perempuan yang kecil. Jadi kita sediakan tiga basikal untuk anak-anak, seorang satu,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, bantuan yang disalurkan juga merangkumi keperluan asas bagi tempoh beberapa bulan bagi memastikan keluarga tersebut terus terbela.

“Keperluan selama tiga bulan kita cuba bantu. Kalau puan ada apa-apa keperluan lain, beritahu sahaja,” katanya.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

 

Kehadiran PU Riz nyata membawa kegembiraan kepada keluarga tersebut, selain mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Masya-Allah, ramai orang tolong. Ini semua rezeki,” katanya penuh syukur.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement