Skip to main content

Hiburan

Sedekad Hidup Bersama, Ronaldo Didakwa Kahwini Georgina Rodriguez Esok

Sedekad Hidup Bersama, Ronaldo Didakwa Kahwini Georgina Rodriguez Esok

Sekilas

  • Christiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez dikhabarkan akan berkahwin hujung minggu ini di Estet Quinta da Regaleira, Sintra, Portugal.
  • Senarai tetamu termasuk selebriti seperti Rio Ferdinand, Rihanna, Vin Diesel, dan Kylian Mbappe turut tular di media sosial.
  • Namun, laporan perkahwinan itu dinafikan oleh ¡HOLA! dan pasangan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Advertisement

Bukan sehari dua atau seminggu juga setahun tetapi selepas 10 tahun mengenali kekasih dan hidup bersama, pemain bola sepak legenda dunia, Christiano Ronaldo dilaporkan akan mengahwini Georgina Rodriguez pada hujung minggu ini.

Laporan pasangan itu akan berkahwin pada hujung minggu ini menjadi ‘berita sensasi’ selepas seorang hos televisyen mendakwa Ronaldo dan Rodriguez bakal mengadakan majlis perkahwinan mereka di Estet Quinta da Regaleira di Sintra, Portugal.

Advertisement

Ia kemudian menjadi buah mulut dan tular di media sosial dengan ada platform media sosial di Instagram seperti @imjustbait memberi senarai tetamu yang bakal menghadiri majlis pasangan tersebut termasuk Rio Ferdinand, Rihanna, Vin Diesel dan Kylian Mbappe.

Mereka juga didakwa bakal meraikan hari bahagia bersama orang ramai selepas mengadakan majlis bersama keluarga dan tetamu terdekat.

Namun, selepas berita perkahwinan Ronaldo, 42, dan Rodriguez, 32, tersebar,  ¡HOLA!, mendakwa laporan yang telah membuat peminat di seluruh dunia itu teruja adalah palsu.

Terdahulu, Ronaldo yang bertemu dengan Rodriguez sewaktu wanita tersebut bekerja di butik Gucci di Madrid pada 2016 telah telah bertunang pada tahun lalu.

Sejak bersama, Rodriguez telah melahirkan tiga orang anak buat Ronaldo yang juga telah memiliki tiga cahaya mata sebelum ini.

Dalam laporan The Sun, Ronaldo didakwa mahu mengahwini wanita itu bukan kerana telah memberinya zuriat tetapi kerana mencintai Rodriguez.

“Saya mahu berkahwin dengannya kerana percaya ini adalah masa yang tepat. Bukan sebab dia telah melahirkan anak-anak kami tapi kerana saya mencintainya,” kata Ronaldo.

Sehingga kini pasangan tersebut belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai laporan perkahwinan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement