Skip to main content

Berita Tempatan

"Sekarang Ni Ada 'Berlian' Dalam Mulut Dia..." - Erra Fazira Restu Aleesya Teroka Dunia Penulisan, Tak Halang Jika Mahu Ceburi Hiburan

erra_aleesya

Sekilas

  • Erra Fazira beri kebebasan kepada anaknya, Engku Aleesya, untuk ceburi bidang penulisan dan penerbitan buku sebagai pendapatan sampingan.
  • Erra bangga dengan bakat menulis Aleesya yang sudah menunjukkan minat sejak kecil dan berjaya terbitkan buku sulung pada usia muda.
  • Bapa Aleesya, Engku Emran, galakkan anaknya menulis buku inspirasi untuk kanak-kanak dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami.

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui memberi kebebasan kepada puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran untuk menceburi bidang penulisan dan penerbitan buku.

Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata, tiada sebarang halangan untuk Aleesya, 16, menerokai sebarang kerjaya termasuk jika dia meminati arena hiburan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada kemahuan sendiri.

“Saya sebenarnya tiada halangan untuk Aleesya menjadi penulis. Tetapi saya galakkan dia untuk jadikan bidang ini sebagai punca pendapatan sampingan.

“Kalau boleh saya mahu dia belajar lagi dan terokai bidang lain-lain juga. Kalau dia mahu jadi veterinar, pakar psikologi atau terbabit dalam bidang hiburan sekali pun, dia boleh jadikan penulisan ini sebagai sampingan.

“Kalau dia minat hiburan saya lebih galakkan dia untuk jadi pengacara. Cuma, sekarang ini macam ada ‘berlian’ dalam mulut dia, introvert. Jika dia minat menyanyi saya hantar ke kelas vokal,” katanya.

Erra berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Buku Kanak-Kanak Pertama Little Nina and The Adventure of Fatimah Az Zahra oleh Engku Aleesya Engku Emran di Shah Alam pada Ahad.

Selain itu, Erra meluahkan rasa bangga dengan bakat yang dimiliki anaknya itu yang berjaya menerbitkan sebuah buku sulung di usia muda.

Pada masa sama, Erra kagum Aleesya sudah menunjukkan minat terhadap penulisan dan pembacaan buku sejak kecil.

“Saya bukan mahu memuji anak tetapi saya kagum dengan ideanya yang saya sifatkan di luar kotak dalam penulisan. Sejak kecil dia sudah tunjukkan bakat menulis.

“Sebagai seorang yang pemalu, segala perasaan dicurahkan menerusi penulisan, macam saya dulu sebelum adanya gajet. Saya suka menulis dan membaca, bahkan karangan saya dahulu sering menjadi contoh kepada rakan sekelas,” katanya.

Sementara itu, bapa Aleesya, Engku Emran berkata, dia juga memberi galakkan kepada anaknya itu untuk menulis buku dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh golongan kanak-kanak.

“Waktu dia menulis buku ini, dia baru berusia 14 tahun dan ketika itu tidak sesuai lagi dia untuk dia menulis kisah cinta remaja. Saya mahu dia menulis buku yang mampu memberi inspirasi kepada golongan kanak-kanak.

“Saya tak mahu letak sasaran tinggi untuk dia, cukup untuk di menulis buku yang mudah difahami walaupun dia sendiri membaca buku-buku untuk pembaca dewasa,” katanya.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

 

Dalam pada itu, cetakan buku pertama Aleesya ini telah diterbitkan oleh Tertib Publishing sebanyak 1,000 naskhah dan setakat ini telah terjual sebanyak 50 peratus.

Must-Watch Video

Advertisement