Skip to main content

Hiburan

“Selain Penjenayah Cetak Rompak, Penonton Juga Bersalah, Kos Buat Filem Tinggi!” – FINAS

Astro Gempak 476

Sekilas

  • Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, menegaskan penonton yang menonton kandungan cetak rompak juga perlu dipersalahkan kerana mendapatkan bahan daripada sumber tidak sah.
  • Beliau menjelaskan kos pembikinan filem sangat tinggi, boleh mencecah sehingga RM10 juta, dan penonton perlu faham nilai sebenar karya tempatan sebelum menganggap harga langganan platform penstriman mahal.
  • Azmir berharap masyarakat lebih menghargai industri perfileman tempatan dengan menonton melalui saluran sah supaya industri terus berkembang.
Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menegaskan penonton yang menonton kandungan cetak rompak juga perlu dipersalahkan kerana mendapatkan bahan daripada sumber tidak sah.

Menurut Azmir, ramai masih beranggapan isu cetak rompak hanya melibatkan individu yang menyebarkan kandungan secara haram sedangkan penonton juga memainkan peranan besar dalam perkara tersebut.

“Kadang-kadang kita fikir cetak rompak itu orang yang cetak rompak sahaja.

“Jadi kita kena beritahu yang penonton itu pun salah juga kerana menonton tanpa cara yang sah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu cetak rompak yang masih berlaku dalam industri perfileman tempatan.

Menurut Azmir, masyarakat perlu sedar bahawa proses menghasilkan sesebuah filem bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan kos sangat tinggi.

“Nak hasilkan filem ini bukan mudah.

“Bayangkan kalau RM10 juta itu macam kita bina sebuah hotel butik,” ujarnya.

Beliau turut memberikan analogi mengenai pelaburan besar dalam pembikinan filem yang sepatutnya dihargai penonton.

“Kita dah labur buat hotel, lengkap dengan bilik dan dapur, kemudian bila buka orang datang nak duduk dan makan percuma.

“Sudah tentu orang yang melabur itu marah,” katanya.

Tambah Azmir, situasi sama berlaku dalam industri filem apabila ramai menganggap harga langganan platform penstriman terlalu mahal tanpa memahami kos sebenar pembikinan sesebuah karya.

“Kadang-kadang bila kita melanggan atau beli Astro First dan Astro Best pada harga RM30 atau RM40, kita ingat nilai buat filem itu cuma RM40?

“Tidak, buat filem itu boleh cecah RM10 juta,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap masyarakat lebih menghargai karya tempatan dengan menonton menerusi saluran sah supaya industri perfileman negara terus berkembang.

Sumber: AWANI

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement