Sekilas
- Bekas atlet futsal kebangsaan, Niena Azman, berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak perempuan keempat mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
- Niena menyifatkan kehamilan kali ini berbeza dan lebih mencabar, serta berkongsi perubahan sikap anak lelakinya yang semakin manja kerana menyedari kehadiran adik perempuan.
- Pasangan ini berharap bayi perempuan mereka akan sentiasa sihat dan selamat, serta tidak sabar untuk memperkenalkan puteri kecil itu kepada tiga abang yang bakal menyambutnya.
Bekas atlet futsal kebangsaan, Niena Azman mengucapkan rasa syukur dan gembira selepas mengetahui jantina cahaya mata keempat yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Niena yang juga isteri kepada pemuzik dan komposer, Rody Kristal berkongsi berita gembira itu selepas doktor mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.
Menurut Niena, kehamilan kali ini dirasakan agak berbeza berbanding sebelum ini, malah dia turut mengakui sedikit gementar untuk menyambut kehadiran puteri sulung mereka.
“Finally, it’s a girl! Nervous sangat-sangat! Patutlah pregnancy kali ni berbeza daripada sebelum ni. Everything feels different, everything terbalik!
“Tak nak pergi court dan padang. Siapa sangka, En. Mi tersenyum lebar sepanjang malam. Dari pagi sampailah saat Dr. Yuli confirmkan baby girl, dia memang tak duduk diam! Hahaha,” kongsinya.
Dalam pada itu, Niena turut menyifatkan kehadiran anak perempuan pastinya memberikan pengalaman berbeza buat mereka sekeluarga, khususnya dari segi penjagaan dan kasih sayang yang bakal dicurahkan.
“This time is going to be different, kan? Sebab baby girl mesti lain penjagaannya. Another kind of love, another kind of experience. And of course, another level of protection from her dada!” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Niena turut berkongsi perubahan sikap anak lelakinya, Carliff yang kebelakangan ini semakin manja dan mudah meragam.
“No wonder Carliff buat hal lately ni. Makin clingy, makin meragam. Rupanya dia pun dah boleh rasa something is changing. Hahaha!
“Dia tahu dah nak ada princess coming, lepas ni perhatian mommy kena share.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami dan doa semua yang turut mendoakan kami. Terima kasih untuk setiap doa, kata-kata baik dan kasih sayang yang korang kirimkan buat keluarga kecil kami,” coretnya.
Pada masa sama, Niena turut menitipkan doa agar bayi dalam kandungannya itu sentiasa sihat dan selamat sehingga tiba waktu bersalin.
Malah, Niena juga meluahkan rasa tidak sabar untuk memperkenalkan puteri mereka kepada tiga abang yang bakal menyambut kehadirannya.
“Buat Baby D, mommy dan dada tidak sabar untuk bertemu dengan awak. Doa kami hanyalah agar kamu sentiasa sihat, membesar dengan selamat dalam kandungan mommy dan dilahirkan dengan selamat, supaya kami akhirnya dapat mendakap awak dalam pelukan dan memperkenalkan awak kepada tiga abang awak.
“Kamu mungkin puteri kecil yang selama ini kami nantikan, tetapi kamu akan sentiasa menjadi anugerah terindah buat kami.
“Keluarga yang sebelum ini terdiri daripada lima orang kini bakal bertambah menjadi enam.
“Selamat datang ke dunia yang sedang kami persiapkan buat mu , puteri kecil ku. Mommy, Dada dan abang-abang tidak sabar untuk bertemu.
“Alhamdulillah atas rezeki yang indah ini. Perancangan Allah sentiasa yang terbaik,” coretnya.
Untuk info, Niena dan Rody yang merupakan gitaris kumpulan Kristal mendirikan rumah tangga pada 27 April 2018.
Mereka terdahulu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar, Barie Habibullah dan Carliff.