Skip to main content

Artis Tempatan

Selepas Kecoh Foto ‘Lelaki Berkopiah’, Netizen Mula Serbu Instagram ‘Jejaka Misteri’, Dakwa Nampak Kelibat Nora Danish Dalam Foto - “Slide 16 Tu Cincin Sama…”

NORA DANISH

Sejak aktres jelita, Nora Danish  berkongsi sekeping foto seorang lelaki berkopiah yang hanya menampakkan sebahagian wajah di Instagram miliknya baru-baru ini, ruangan media sosial terus hangat diperkatakan.

Ramai netizen mula mengaitkan kononnya Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, kini sedang rapat dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo.

Advertisement

Hasil tinjauan di laman sosial milik lelaki berkenaan pula, ia mula dibanjiri komen netizen yang teruja meneka identiti wanita berhijab yang muncul dalam beberapa fotonya.

Antaranya termasuk satu hantaran memaparkan seorang wanita bertudung dengan hoodie bertulis Realism, selain gambar makanan yang turut memperlihatkan jari wanita memegang tasbih digital.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendakwa wanita tersebut tidak lain tidak bukan ialah Nora sendiri.

“Slide 16, itu memang ND (Nora Danish).

“Cincin atau tasbih tu sama macam Nora punya. Tahniah.

“Saya terus tengok IG Nora, memang betul,” tulis beberapa netizen.

Spekulasi semakin hangat apabila wajah lelaki berkopiah yang dimuat naik Nora itu didapati seakan sama dengan foto yang turut dikongsikan Mickey Ayo di akaun Instagramnya.

Lebih mencuri perhatian, Nora juga dilihat kerap meninggalkan tanda suka pada beberapa hantaran lelaki berkenaan sekali gus menguatkan lagi andaian peminat bahawa hubungan mereka mungkin lebih daripada sekadar kenalan biasa.

Sebelum ini, netizen turut mengorek latar belakang lelaki terbabit yang dikatakan berstatus duda, mempunyai dua cahaya mata serta bekerja sebagai seorang perunding kewangan berjaya.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum bercerai pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl, 7.

Terdahulu, Nora juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 17 tahun.

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Must-Watch Video