Skip to main content

Selebriti

Selepas Tiga Bulan Hubungan Keruh, Anna Jobling & Ibu Kini Berbaik - “Doa Dia Sangat Penting Buat Hidup Saya…”

Anna Jobling, ibu kini berbaik

Sekilas

  • Pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, dilihat berpelukan dan bergambar bersama sambil memegang trofi kemenangan di Anugerah Bintang Popular (ABP) 37.
  • Anna memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka dan mengakui doa ibu sangat penting dalam hidupnya walaupun pernah ada salah faham.
  • Anna bersyukur hubungan mereka kembali baik selepas tiga bulan keruh dan dia menang kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya.

Pelakon, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop mencuri perhatian apabila mereka dilihat secara spontan berpeluk dan menangkap gambar bersama sambil memegang trofi kemenangannya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai perkara itu, Anna hanya meminta orang ramai mendoakan perkara yang baik-baik untuk mereka.

“Doakan yang terbaik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk saya dan keluarga. Apa-apa pun dia tetap ibu saya. Syurga saya tetap di bawah tapak kaki ibu saya.

“Walaupun apa pun terjadi sebelum ini, doa ibu sangat penting buat hidup saya,” ujarnya ringkas.

Anna berkata demikian selepas dilihat berpelukan dengan ibunya di perkarangan karpet merah Anugerah Bintang Popular (ABP) 37, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anna berkata salah faham yang berlaku adalah asam garam dalam kehidupan berkeluarga dan bersyukur ibunya hadir untuk memberikan sokongan kepadanya,

“Dia hadir menyokong saya malam ini. Kalau tiada dia, saya rasa kosong. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Anna juga menyatakan rasa syukur selepas tiga bulan hubungan bersama ibunya keruh, kini kembali jernih.

Untuk info, Anna dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement