Skip to main content

Hiburan

Sempat Makan Tom Yam Dengan Bella, Didi Astillah Gembira Kakak Dah Jadi Isteri Syed Saddiq

Sempat Makan Tom Yam Dengan Bella, Didi Astillah Gembira Kakak Dah Jadi Isteri Syed Saddiq

Sekilas

  • Didi Astillah meluahkan rasa syukur dan gembira selepas kakaknya, Bella Astillah, selamat berkahwin dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
  • Didi berkongsi hubungan rapat mereka sejak kecil yang membuatkan dia turut merasai kesedihan dan kebahagiaan Bella sepanjang perjalanan hidupnya.
  • Dia juga mengenang momen manis makan tomyam bersama Bella pada malam sebelum hari pernikahan sebagai kenangan istimewa mereka.
Advertisement

Pelakon, Didi Astillah meluahkan rasa syukur selepas melihat kakaknya, Bella Astillah akhirnya selamat mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Didi, hari bahagia Bella itu membawa makna yang cukup besar buat dirinya memandangkan dia menyaksikan sendiri perjalanan hidup kakaknya, termasuk kesedihan dan pelbagai dugaan yang pernah dilalui sebelum ini.

Advertisement

“Sudah tentu, satu perkataan yang boleh saya katakan ialah gembira. Saya sangat-sangat gembira dan bersyukur, alhamdulillah.

“Nampaknya Kak Long akan menjalani fasa kehidupan yang baharu bersama lelaki yang dia cintai. Alhamdulillah, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Didi mengakui  sering dilihat sebagai seorang yang ‘macho’ namun sukar menahan air mata apabila melibatkan Bella.

Advertisement

Jelasnya, hubungan mereka yang sangat akrab sejak kecil membuatkan dia turut merasai kesedihan apabila kakaknya berdepan kesukaran, malah kebahagiaan Bella juga menjadi kebahagiaannya.

“Didi dan Kak Bella berdua sangat akrab daripada kecil. Memang kami pakai baju sama, kalau ikat tocang pun dua-dua tocang.

“Jadi, bila dia disakiti, Didi rasa tersakiti juga. Bila dia bahagia, Didi sangat bahagia. Hari ini, bila nampak dia, Didi sangat-sangat bahagia. Alhamdulillah,” ujarnya.

Sementara itu, Didi turut berkongsi momen manis bersama Bella pada malam sebelum hari pernikahan yang menjadi kenangan istimewa buat mereka.

“Sebenarnya semalam, sebab biasalah, sibuk. Semalam kali terakhir kami makan tomyam sebab Kak Bella lapar.

“Punyalah sibuk, masalahnya Didi ini bukan pengantin pun, Didi pun sibuk sampai tak dapat makan. Jadi, kami sama-sama makan di gerai tomyam. Itu sahaja momen kami sebelum hari ini,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement