Skip to main content

Hiburan

“Setiap Babak Yang Kita Buat, Kita Rakam Dekat Tempat Sebenar, Tak Ada AI” - Irfan Zaini

“Setiap Babak Yang Kita Buat, Kita Rakam Dekat Tempat Sebenar, Tak Ada AI” - Irfan Zaini

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini menegaskan syot filem TERBANG yang berlatarbelakangkan pergunungan New Zealand dirakam secara langsung tanpa menggunakan teknologi AI.
  • Filem TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda rali Malaysia, Karamjit Singh, dan penggambaran dilakukan di lokasi sebenar untuk mengekalkan keaslian dan jiwa cerita.
  • TERBANG diarahkan oleh Chiu Keng Guan dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 17 September, termasuk dalam format 4DX.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini menjelaskan syot berlatarbelakangkan pergunungan New Zealand yang dipaparkan dalam treler filem TERBANG bukan dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut Irfan, produksi TERBANG sememangnya terbang ke New Zealand bagi menjalani penggambaran selama beberapa minggu demi memastikan setiap babak penting dirakam secara autentik.

Advertisement

“Sebenarnya saya rasa dah banyak filem yang membawa adaptasi AI sekarang. Saya sendiri nampak banyak netizen dan pengulas filem yang komplen kenapa kita kena buat AI.

“AI ini supaya kerja jadi senang, bajet jadi kecil. Tapi filem TERBANG memang dari awal kita rancang, filem ini kita kena sampaikan kepada penonton dengan kejujuran,”  katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran treler dan poster rasmi filem TERBANG, baru-baru ini.

Tambahnya, kejujuran dalam pembikinan naskhah tersebut penting memandangkan TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda rali negara, Karamjit Singh.

“Filem ini pasal seorang legenda. Jadi setiap babak, contohnya syot dalam teaser yang semua orang tengok itu, dirakam dekat gunung di New Zealand.

“Itu bukan AI. Memang kita yang bawa kereta, kereta yang sebenar, tempat yang sebenar, semua benda, malah bunyi pun kita gunakan yang realistik sebaik mungkin,” ujarnya.

Kata Irfan, usaha tersebut dilakukan bagi memberikan pengalaman terbaik kepada penonton selain menyedari penggunaan AI dalam pembikinan filem turut mengundang perdebatan ketika ini.

“Ini semua sebab nak bagi yang terbaik kepada penonton. Kita faham pasal AI ini memang ada isu-isu juga.

“Ada babak tertentu yang kita boleh guna, tapi ada babak tertentu lebih baik jangan guna,” katanya.

Dalam masa sama, Irfan berkata, babak yang dirakam di New Zealand merupakan antara momen terpenting dalam TERBANG dan penggunaan AI dikhuatiri akan menghilangkan ‘jiwa’ yang mahu disampaikan.

“Babak macam New Zealand ini adalah salah satu babak yang paling penting dalam filem ini.

“Kalau kita buat AI, saya rasa tak jadilah babak itu. Dia tak ada ‘jiwa’ dalam babak itu.

“Jadi memang setiap babak yang kita buat ini kita rakam dekat tempat yang asal, tak ada AI,” jelasnya.

Untuk rekod, TERBANG diarahkan Chiu Keng Guan dan diinspirasikan daripada perjalanan hidup Karamjit yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam arena rali di pentas dunia.

Filem tersebut turut dibintangi Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September depan termasuk dalam format 4DX.



 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement