Skip to main content

Hiburan

Shahir Pernah Dikecam Masuk Akademi Fantasia, Ibu Juga Tak Setuju - “Dulu Elok Mengaji, Sekarang Dah…”

Shahir AF8

Sekilas

  • Shahir, juara Akademi Fantasia 8, berkongsi pengalaman menerima kritikan kerana menyertai program realiti itu walaupun berlatarbelakangkan pengajian agama.
  • Ibu Shahir juga pada awalnya tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menyertai AF8.
  • Shahir hampir berhenti dalam bidang seni tetapi teruskan selepas menerima nasihat bermakna daripada ustaznya yang menyokongnya memberi manfaat melalui seni.
Advertisement

Alumni program Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Shahir berkongsi pengalaman dirinya yang pernah berdepan kritikan selepas mengambil keputusan menyertai program realiti tersebut kira-kira 16 tahun yang lalu.

Menurut Shahir, keputusan untuk menyertai AF telah membuatkan dirinya menerima pelbagai kritikan ditambah pula dirinya berlatarbelakangkan pengajian agama ketika itu.

Advertisement

Bukan sahaja menerima kritikan orang sekeliling malah, ibu kepada pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu turut kurang bersetuju dengan keputusannya untuk menyertai program berkenaan.

“Ramai (bagi kritikan), biasalah orang… dia akan judge kita. Dia kata kita dah beralih,  dulu elok mengaji, sekarang dah berubah.

“Pada peringkat awal pun mak saya tak setuju untuk saya masuk,” kongsinya.

Shahir berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast Kita Kita Aje! yang dikendalikan pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Berkongsi lanjut, Shahir memaklumkan bahawa dia kemudiannya terfikir untuk meninggalkan bidang seni usai program tersebut.

Namun, hasrat tersebut berubah selepas menerima satu pesanan yang cukup bermakna daripada seorang individu terhadapnya.

“Akhirnya ada satu masa selepas Akademi Fantasia saya ada pernah hilang, saya rasa macam saya nak berhenti daripada bidang seni.

“Saya tak sangka bila ustaz saya menghantar satu wakil datang ke rumah saya dan ustaz saya pesan.

“Dia kata, ‘Shahir, kalau kamu rasa dalam bidang ni kamu dapat memberi manfaat walaupun sedikit’. Dia kata, “Teruskan. Jangan berhenti’,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Shahir merupakan juara bagi program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) selepas mengalahkan lima lagi finalis iaitu Adira Suhaimi, Iwan, Maulana, Daus dan Ain.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement