Skip to main content

Hiburan

Sheila Rusly Bangga Lakonan Elisya Sandha Dalam Madu Atau Racun Dipuji Netizen - “Anak Menantu Kita Memang Selalu All Out”

Sheila Rusly Bangga Lakonan Elisya Sandha Dalam Madu Atau Racun Dipuji Netizen - “Anak Menantu Kita Memang Selalu All Out”

Sekilas

  • Elisya Sandha mendapat pujian ramai atas lakonannya dalam drama Madu Atau Racun yang dianggap sangat mantap dan menarik perhatian penonton.
  • Pengarah dan penerbit Sheila Rusly, yang juga ibu mentua Elisya, meluahkan rasa bangga terhadap komitmen penuh Elisya dalam setiap kerja lakonan.
  • Drama Madu Atau Racun mengisahkan konflik rumah tangga apabila Adli membawa pulang isteri kedua secara rahsia, turut dibintangi Aliff Aziz dan Uqasha Senrose.
Advertisement

Lakonan mantap pelakon, Elisya Sandha menerusi drama Madu Atau Racun telah meraih perhatian serta pujian ramai.

Terbaharu, seorang netizen memuji Elisya malah mengakui berasa teruja melihat gaya lakonan adik kepada pelakon, Fasha Sandha itu.

Advertisement

“Okay ini pertama kali saya menonton Elisya dan rupanya lakonan dia memang sedap tengok.

“Menantu Sheila memang menjadi betul,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat respon daripada pengarah dan penerbit yang juga ibu mentua kepada Elisya iaitu Sheila Rusly.

Menerusi komen yang dibuat, Sheila meluahkan rasa bangga terhadap Elisya yang disifatkan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap pekerjaan.

“Alhamdulillah, anak menantu kita memang selalu all out!

“Saya bangga dengan Elisya, terima kasih kerana menonton,” katanya.

Untuk rekod, Madu Atau Racun mengisahkan konflik rumah tangga yang tercetus apabila Adli membawa pulang seorang isteri kedua secara rahsia.

Selain Elisya, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibintangi Aliff Aziz dan Uqasha Senrose.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement