Sekilas
- Penyampai radio Shiera berkongsi berita gembira anaknya, Allisya Tahir, selamat melahirkan bayi perempuan kedua pada 3 Ogos di Kuantan.
- Bekas suami Shiera, penyanyi Jatt Ali, turut berkongsi kegembiraan dengan kelahiran cucu bernama Aisa Zaina.
- Allisya kini mempunyai dua anak, termasuk Anya Zaima yang berusia tiga tahun, hasil perkahwinan pertama Shiera dengan Jatt Ali.
Penyampai radio Sharifah Shahirah atau mesra disapa sebagai Shiera berkongsi berita gembira anaknya iaitu Allisya Tahir selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 3 Ogos lalu.
Shiera menerusi Instagram berkongsi momen anak sulungnya, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.
Sementara itu, bekas suami Shiera yang juga penyanyi Jatt Ali juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja dengan kelahiran cucu yang diberi nama Aisa Zaina.
"Alhamdulillah anak saya Allisya baru melahirkan anak keduanya pada pagi 3 Ogos 2026.
"Syukur sangat bertambah lagi cucu kami. Welcome to the world Aisa Zaina!" titipnya di Facebook.
Allisya terdahulu memiliki anak sulung bernama Anya Zaima yang kini berusia tiga tahun.
Allisya adalah anak hasil perkahwinan pertama Shiera dengan penyanyi Black Dog Bone itu, manakala bersama Ijoy, Shiera itu dikurniakan empat anak iaitu Airel, 22; Airra,19; Audra,17; dan Adeena, 10.