Sekilas
- Malaysian Host Wanted Musim Kedua kembali mencari bakat pengacaraan baru dengan idea rancangan yang segar dan kreatif.
- 10 peserta berentap di Pitching Day di hadapan juri profesional, dengan hanya enam yang akan mara ke peringkat seterusnya.
- Penonton boleh mengundi calon pilihan mereka selepas episod pertama ditayangkan mulai 12 Oktober di Astro Ria, Sooka dan Astro GO.
Malaysian Host Wanted Musim Kedua kembali mencari bakat pengacaraan baharu yang bukan sahaja petah di hadapan kamera, tetapi turut berani tampil dengan idea rancangan yang segar dan kreatif.
Episod pertama menyaksikan 10 peserta berentap dalam Pitching Day untuk membentangkan idea masing-masing di hadapan tiga juri professional, Datuk Aznil Haji Nawawi, Awal Ashaari dan Yasmin Hani, manakala Sherry Al-Hadad kembali mengemudi rancangan sebagai pengacara.
10 peserta yang mencabar nasib ialah Nylea Adnan, Bella Zahir, Shasha Nadira, Zaidi Aziz, Ariana, Ili Ruzanna, Uyaina Arshad, Baihaqi, Haili Habibti dan Chef Naem.
Walaupun sebahagian peserta sudah mempunyai pengalaman sebagai pengacara, berdepan dengan barisan juri tetap menguji keyakinan mereka.
Ada yang gugup dan gementar, namun itu tidak menghalang mereka daripada tampil dengan idea yang segar dan di luar kebiasaan.
Malah, rata-rata peserta musim ini membawa idea kandungan yang cukup berbeza, dengan setiap pembentangan menampilkan identiti dan perspektif tersendiri.
Daripada 10 peserta ini, hanya enam sahaja yang akan berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dan merebut gelaran Juara Malaysian Host Wanted Musim Kedua.
Siapakah yang bakal terpilih? Siapa pula yang terpaksa akur dan mengakhiri perjalanan mereka di peringkat ini?
Undian online akan dibuka sejurus selepas episod pertama ditayangkan.
Penonton boleh mengundi calon pilihan mereka menerusi: www.gempak.com/malaysianhostwanted Juara Malaysian Host Wanted Musim Kedua bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
Saksikan Malaysian Host Wanted Musim Kedua, bermula 12 Oktober ini, setiap Isnin, jam 11 malam, hanya di Astro Ria, Sooka dan Astro GO.