Skip to main content

Hiburan

Sibuk Bercengkerama? Space Dollah Pertahan Syed Saddiq - “Salah Ke Dia Nak Happy? Itu Pun Nak Dipolitikkan”

Space Dollah

Sekilas

  • Syed Abdullah, abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, menegur pihak yang menggunakan kehidupan peribadi adiknya sebagai bahan politik.
  • Syed Abdullah mempertahankan adiknya dengan menyatakan tiada salahnya Syed Saddiq untuk gembira tanpa perlu dipolitikkan.
  • Perikatan Nasional melalui PAS berhasrat merampas kerusi Parlimen Muar pada PRU-16 dan sedang memperkukuh jentera parti sebagai persediaan menghadapi persaingan sengit.

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tampil bersuara selepas tular satu kenyataan berbaur peribadi dilemparkan terhadap adiknya itu.

Menerusi ciapan di Threads, Syed Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Space Dollah tampil membidas pihak yang didakwa telah menjadikan kehidupan peribadi adiknya sebagai satu agenda politik.

“Salah ke dia (Syed Saddiq) nak happy pula? Itu pun nak dipolitikkan,” luahnya.

Terdahulu, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) melalui Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhasrat untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada Syed Saddiq Syed pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, kesiapsiagaan jentera parti akan diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik pada PRU-16 akan datang.

“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.

“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan ber*nd*t dengan Bella Astillah,” katanya.

Sumber: Threads, MalaysiaGazette

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement