Skip to main content

Selebriti

Sibuk Dengan Rembayung, Khairul Aming Tetap ‘Payung’ Video Puasa - “Dua Petang Sampai Empat Pagi Shooting, 14 Jam Baru Selesai”

Khairul Aming video puasa

Sekilas

  • Khairul Aming telah menyiapkan rakaman video resipi Ramadan yang mengambil masa hampir 14 jam.
  • Video 30 hari 30 resipi ini menjadi tumpuan walaupun dia kini sibuk menguruskan restoran Rembayung.
  • Pengikutnya memberi reaksi positif dan pujian atas komitmen beliau dalam menghasilkan kandungan berkualiti sepanjang Ramadan.

Tidak lama lagi seluruh umat Islam akn menyambut kedatangan bulan Ramadan dan seperti biasa kandungan video masakan personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming antara yang menjadi perhatian.

Sebelum ini netizen berteka teki dan berasa gusar sama ada Khairul Aming akan mengeluarkan video ‘wajib’ 30 hari 30 resipi sepanjang Ramadan atau tidak memandangkan dia kini sibuk menguruskan restoran miliknya iaitu Rembayung.

Bagaimanapun, Khairul Aming menerusi hantaran di platform Threads memaklumkan dia baru sahaja selesai melakukan sesi rakaman video tersebut.

Menurut Khairul Aming, penghasilan kandungan video resipi Ramadan itu mengambil masa yang panjang, bermula seawal jam dua petang dan hanya selesai pada jam empat pagi keesokan harinya, menjadikan tempoh penggambaran hampir 14 jam tanpa henti.

“Dari dua petang sampai empat pagi shooting video puasa. 14 jam baru selesai.

“Banyak lauk lebih ni. Siapa nak sahur jemput datang,” maklumnya.

Perkongsian tersebut ternyata mendapat reaksi positif daripada para pengikut yang memuji komitmen yang diberikan Khairul Aming untuk rakyat Malaysia.

Rata-ratanya memberikan komen berbentuk kata-kata semangat, ucapan terima kasih dan tidak kurang juga ada yang mengusik.

Untuk info, Khairul Aming sememangnya dikenali sebagai figura yang konsisten menghasilkan kandungan berkualiti, khususnya sepanjang bulan Ramadan, sekali gus mengukuhkan jenama peribadinya sebagai pencipta kandungan dan usahawan berjaya.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement