Skip to main content

Hiburan

Simpan Hasrat Untuk Kahwin, Hun Haqeem Serah Soal Jodoh Pada Takdir - “Keluarga Ada Tanya Tapi Bukan Sebab Sibuk Nak Tahu…”

ASTROGEMPAK Hun Haqeem

Sekilas

  • Pelakon Hun Haqeem mengakui dia juga ada keinginan untuk berkahwin, namun soal jodoh bergantung pada waktu dan ketentuan.
  • Keluarga Hun sering bertanya tentang perkahwinan bukan untuk menyibuk, tetapi kerana mengambil berat tentang kesihatan mental dan persediaannya.
  • Hun merancang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sarawak selepas menghadiri majlis perkahwinan rakannya, dan akan memulakan penggambaran Viu Original berjudul Cela pada Jun nanti.

Pelakon Hun Haqeem mengakui dia juga seperti individu lain yang menyimpan keinginan untuk mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

 

Menurut Hun, soal jodoh bukan sesuatu yang mudah untuk dijawab kerana semuanya bergantung kepada waktu dan ketentuan.

 

“Saya pun tertanya-tanya juga (jodoh) tapi ia satu perkara yang sukar untuk diberitahu. Terutama soal jodoh, siapa saja tak nak kahwin. 

 

“Saya juga salah seorang nak kahwin. Sudah tentu saya ada juga terima soalan bila nak kahwin,” katanya kepada Gempak. 

 

Tambahnya lagi, keluarga sering bertanyakan perkara tersebut, namun bukan kerana ingin menyibuk, sebaliknya kerana mengambil berat tentang dirinya.

 

“Keluarga saya sangat penyayang, jadi mereka akan tanya khabar dan bila nak kahwin. Tapi mereka tanya bukan sebab sibuk nak tahu… lebih tanya kita dah bersedia ke, adakah saya buat keputusan yang betul, macam mana kerja. 

 

“Mereka tanya mengenai kesihatan mental saya. Bagi saya, saya suka bercakap perkara itu bersama keluarga. Saya pun tak ada masalah untuk nak kahwin. Doa yang baik-baik la. Saya pun tak mencari tapi biar masa yang datang,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Hun turut berkongsi perancangannya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di Sarawak, namun akan pulang sedikit lewat kerana menghadiri majlis perkahwinan rakannya terlebih dahulu.

 

“Saya memang akan beraya di Sarawak tapi lewat sikit… raya ketiga baru balik sana. Kawan saya nak kahwin, saya pun dah berjanji dengan dia yang saya akan datang majlis dia. 

 

“Alhamdulillah keluarga saya pun okay saja saya balik lewat sikit. Saya pun okay saja sebab ada juga keluarga yang masih berada di KL. 

 

“Memang la raya keutamaan kita adalah keluarga tapi bagi saya, kalau kita tak dapat bersama mereka, kita cuba bersama kawan-kawan, orang yang kita sayang juga,” katanya. 

 

Menurut Hun, sambutan Hari Raya dalam keluarganya juga biasanya diraikan secara sederhana dengan aktiviti ziarah-menziarahi.

 

“Untuk raya tak ada apa perubahan pun sebab kami pun raya secara bersederhana saja. Tapi lebih kepada ziarah menziarahi la. 

 

“Itu memang sentiasa menjadi keutamaan keluarga saya. Sebab waktu raya saja dapat berkumpul seluruh keluarga,” ujarnya. 

 

Untuk info, Hun akan memulakan penggambaran Viu Original berjudul Cela pada Jun depan bergandingan bersama aktres terkenal Nabila Huda.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Must-Watch Video

Advertisement