Skip to main content

Hiburan

“Single Lama Bukan Sebab Tak Laku” - Ariz Lufias

Ariz Lufias

Penyanyi, Ariz Lufias menyorot perhatian netizen selepas berkongsi pandangan mengenai individu yang memilih untuk hidup bujang. 

Menerusi hantaran di platform Threads, Ariz menegaskan bahawa status bujang bukanlah petanda seseorang itu “tidak laku” seperti yang sering dilabelkan masyarakat.


 “Orang yang single lama ni bukan sebab tak laku. Selalu ada cerita di sebaliknya. ada yang dah serik bercinta, ada yang tengah jaga parents yang uzur,” katanya. 

Dalam pada itu, Ariz juga menyatakan kebanyakan orang tidak mengetahui usaha dan pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh individu bujang dalam mencari pasangan hidup. 

Oleh itu, Ariz meminta agar masyrakat tidak menghakimi mereka hanya kerana mereka tidak mempunyai pasangan hidup. 

“And most of the time, kita tak tahu apa ikhtiar dan usaha mereka untuk cari pasangan. So be kind and if you have nothing nice to say, just keep it to yourself,” ujar Ariz.

Perkongsian tersebut mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa masyarakat sering terlalu cepat membuat penilaian tanpa memahami situasi sebenar seseorang.

“Yes, agree... You don't know how someone may feel whenever that question is asked. At times when I see people married, I do feel down, asking myself, "When is my turn?", but still have to keep moving forward and trust the journey of Allah.

“Betul sekali tepat masanya akan datang jodoh itu.

“Macam aku menjaga parents (ayah kena stroke 2017), bukan xde usaha cari calon, tapi kebanyakan bila cakap tinggal dgn parents ramai yg turn off. Bila cakap aku kerja freelance xde gaji tetap pon turn off jugak. Rezeki aku la anak laki sorang, boleh khidmat kat parents sampai tua. Harap2 Allah kurniakan menantu untuk mak bapak aku.

“Bukan sebab tak nak ada orang.Cuma hidup sekarang penuh benda yang “kena settle dulu”.

“Terima kasih sebab ada yang paham saya finally 😤😤😤😩😩😩 saya pown dalam situation macam ni,” komen netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement