Skip to main content

Selebriti

Siti Nurhaliza Berdepan Detik Cemas, Afwa Termasukkan Manik Mainan Dalam Hidung - “Sekali Keluar Biji Manik Dengan Hingus…”

Siti Nurhaliza Berdepan Detik Cemas, Afwa Termasukkan Manik Mainan Dalam Hidung - “Sekali Keluar Biji Manik Dengan Hingus…”

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman cemas apabila anak keduanya, Muhammad Afwa, memasukkan manik mainan ke dalam hidung sehingga terpaksa dibawa ke unit kecemasan.
  • Manik tersebut berjaya keluar secara spontan ketika Afwa bersin, dan Siti bersyukur tiada perkara buruk berlaku.
  • Siti juga mengumumkan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang akan diadakan pada 17 Oktober di TM Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai hadiah buat peminat dan usaha memartabatkan muzik tradisional.
Advertisement

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi detik cemas apabila anak keduanya, Muhammad Afwa memasukkan sebiji manik mainan ke dalam lubang hidung sehingga terpaksa dibawa ke unit kecemasan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Siti berkata kejadian itu berlaku selepas dirinya pulang ke rumah daripada sesi latihan untuk Konsert Gema Bumantara sebelum Afwa secara tidak sengaja memasukkan manik mainan berkenaan ke dalam hidung ketika bermain.

Advertisement

“Anak bertuah, ibu balik umah dari latihan dia buat magic masukkan biji mutiara mainan dalam lubang hidung, dah kena pi emergency,” kongsinya.


 

Menerusi hantaran seterusnya, Siti berkata, Afwa turut berada dalam keadaan gementar ketika menunggu bantuan daripada pihak perubatan untuk mengeluarkan manik tersebut.

Advertisement

Namun, detik cemas tersebut akhirnya bertukar menjadi situasi yang mencuit hati apabila manik berkenaan berjaya keluar ketika Afwa bersin.

Siti bagaimanapun bersyukur kerana kejadian yang pada awalnya membimbangkan akhirnya berakhir dengan baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

“Masa ni Afwa tengah nervous, ibu lagilah tengah cuak. Macam mana lah nak keluarkan manik mutiara tu macam besar je, hadoi nak kena operate ke apa ke? Kena tunggu pakar ENT datang.

“Dalam nervous, Afwa kata ibu Afwa nak terbersin tapi dia takut. Agaknya dok tahan lama sangat nak bersin dia lepaskan juga.

“Haaaaa, sekali keluar biji manik tu dengan hingus hingus dekat tangan ibu, hahahahahaah. Alhamdulillah (tamatlah sudah cerita kami untuk hari ini),” maklumnya.


 

Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal mengadakan Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober ini.

Siti berkata, konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Anda mungkin berminat dengan

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement