Skip to main content

Hiburan

Spontan Beri Duit Raya RM50 Kepada Lima Remaja, Pak Nil Raih Pujian Netizen - “Teringin Jadi Macam Pak Nil, Buka Dompet Je…”

Pak Nil

Sekilas

  • Lima remaja lelaki mendapat rezeki apabila pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi memberikan mereka RM50 setiap seorang sebagai duit raya.
  • Perkara itu berlaku ketika Pak Nil berkunjung ke sebuah kedai gadget dan meminta mereka beratur sebelum menghulurkan wang tersebut.
  • Perkongsian di Threads itu mendapat pujian ramai atas sikap pemurah Pak Nil dan harapan agar lebih ramai dapat mencontohinya.
Advertisement

Rezeki buat lima remaja lelaki apabila mereka terserempak dengan pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu berkunjung ke sebuah kedai gadget.

Menerusi perkongsian di Threads, Aznil yang mesra disapa Pak Nil dilihat meminta kelima-lima remaja itu untuk beratur sambil mengeluarkan beg duit miliknya.

Advertisement

Pak Nil kemudiannya menghulurkan wang sebanyak RM50 untuk setiap seorang remaja itu untuk diberikan sebagai hadiah duit raya.

“Masih bulan Syawal kan,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji sikap pemurah ditunjukkan Pak Nil.

Warganet juga berharap mereka diberikan kesenangan dan kekayaan seperti Pak Nil dapat berbuat demikian di mana sahaja mereka berada.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement