Skip to main content

Hiburan

Stylish Bocor Rahsia, Tom Holland & Zendaya Dilaporkan Sudah Berkahwin

Tom Holland
Advertisement

Pasangan selebriti Hollywood, Zendaya dan Tom Holland dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh penata gaya Zendaya, Law Roach ketika ditemui di karpet merah acara Actor Awards.

Advertisement

Dalam temu bual bersama Access Hollywood, Roach mengesahkan bahawa majlis perkahwinan pasangan tersebut telah pun berlangsung secara tertutup.

“Majlis perkahwinan itu sudah pun berlangsung. Anda terlepas,” katanya berseloroh.

Terdahulu, Zendaya dikatakan telah bertunang dengan kekasihnya, Tom Holland.

Menurut laporan daripada TMZ, sumber yang rapat dengan pasangan tersebut memberitahu bahawa Tom Holland telah melamar Zendaya antara waktu Krismas dan Tahun Baru.

Tambah sumber itu lagi, pelakon utama watak ‘Spider-Man’ tersebut melutut dalam suasana yang sangat romantik di salah satu rumah keluarga kekasihnya di Amerika Syarikat.

Pelakon wanita itu sempat mempamerkan cincin pertunangannya yang besar di jari manisnya p ketika menghadiri Majlis Anugerah Golden Globes 2025.

Sekadar info, Tom dan Zendaya mula menjalin hubungan percintaan pada tahun 2021 selepas digandingkan dalam filem "Spider-Man: Homecoming."

Mereka serta-merta menjadi salah satu pasangan paling disayangi di Hollywood walaupun mereka memilih untuk menyimpan hubungan mereka secara peribadi dan jarang mengulas lanjut mengenainya di khalayak ramai.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement