Skip to main content

Indonesia

Suami Penyanyi Lagi Syantik ‘Green Flag’, Sanggup Buat Prosedur Mandul Hormat Tubuh Isteri

Suami Penyanyi Lagi Syantik ‘Green Flag’, Sanggup Buat Prosedur Mandul Hormat Tubuh Isteri

Sekilas

  • Suami penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah, Krisjiana Baharudin, menjalani pembedahan vasektomi atas kerelaan sendiri sebagai langkah perancangan keluarga selepas mempunyai dua anak perempuan.
  • Krisjiana menegaskan keputusan itu adalah bentuk tanggungjawab dan penghormatan terhadap tubuh serta pilihan isterinya, bukan soal kehilangan kejantanan.
  • Siti Badriah mengaku bangga dan terharu dengan pengorbanan suaminya yang menjalani prosedur tersebut tanpa paksaan.
Advertisement

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Siti Badriah boleh dikatakan telah mendapat seorang ‘suami dari syurga’ apabila sanggup berkorban terutama merendahkan ego demi dirinya.

Menerusi laporan media tampatan, suami penyanyi lagu Lagi Syantik itu, Krisjiana Baharudin telah menjalani pembedahan vasektomi atas kerelaan sendiri. Vasektomi merupakan sejenis prosedur pembedahan untuk pemandulan dalam kalangan lelaki.

Advertisement

Keputusan tersebut diambil selepas pasangan itu sepakat berasa  jumlah cahaya mata dalam keluarga sudah mencukupi. Pasangan yang berkahwin pada 2019 itu kini dikurniai dua anak perempuan iaitu Xarena Zenata Denali dan Xandraya Zavero Davanee Baharudin.

Menurut Krisjiana, keputusan tersebut bukan sekadar soal perancangan keluarga, sebaliknya satu bentuk tanggungjawab serta penghormatan terhadap tubuh dan pilihan isterinya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, pelakon itu berkongsi dia mahu mengambil peranan dalam menentukan perancangan keluarga bersama isterinya.

“Saya memutuskan untuk menjalani vasektomi. Kadang-kadang para suami terlupa, di sebalik hadirnya seorang anak, ada perjuangan seorang isteri yang bukan sedikit,” katanya.

Menurut Krisjiana lagi, seorang wanita melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh kehamilan sehingga selepas melahirkan anak.

Daripada mengandung selama sembilan bulan, mengalami loya dan keletihan, berdepan perubahan bentuk badan, sehinggalah menanggung kesakitan ketika bersalin. Malah, pengorbanan itu tidak berhenti selepas bayi dilahirkan.

“Selama sembilan bulan dia membawa kehidupan di dalam tubuhnya. Melalui rasa loya, letih, perubahan tubuh badan, sehingga kesakitan ketika melahirkan. Selepas itu masih ada proses menyusukan anak, berjaga malam dan banyak lagi perkara yang dikorbankan demi keluarga,” ujarnya lagi.

Krisjiana turut menegaskan dia tidak mempunyai hak untuk memaksa Siti Badriah melalui kehamilan sekali lagi.

Baginya, keputusan berkaitan kehamilan melibatkan tubuh badan isterinya dan pilihan tersebut harus dihormati.

“Saya tak ada hak untuk memaksa isteri saya hamil lagi. Saya juga tak ada hak menentukan apa yang perlu dia lakukan terhadap tubuhnya. Itu tubuh dia dan dia berhak memilih sama ada masih mahu hamil lagi atau tidak,” katanya.

Tambahnya lagi, jika Siti Badriah merasakan mereka sudah mempunyai anak yang mencukupi, tugasnya sebagai suami bukan untuk memaksa, sebaliknya menghormati keputusan tersebut.

“Kalau dia kata, ‘Saya dah cukup’, tugas saya bukan memaksa, tetapi menghormati pilihannya,” jelasnya.

Bintang Ronggeng Kematian itu juga menegaskan dia  mahu membetulkan persepsi  vasektomi mempunyai kaitan dengan soal kejantanan seseorang lelaki.

Sebaliknya, dia melihat keputusan tersebut sebagai satu bentuk tanggungjawab terhadap keluarga yang disifatkan sebagai satu langkah kecil tetapi membawa makna besar dalam kehidupan pada masa depan.

“Vasektomi bukan tentang siapa yang lebih banyak berkorban. Bukan juga tentang kehilangan kejantanan. Ini tentang tanggungjawab,” katanya.

Menurutnya lagi, keputusan berkenaan turut menjadi simbol penghargaan terhadap tubuh badan dan pilihan pasangan.

“Ini tentang menghargai tubuh dan keputusan pasangan. Tentang cinta yang bukan sekadar diucapkan, tetapi dibuktikan,” ujarnya.

Tambahnya, mencintai seorang isteri juga bermakna menghormati hak wanita terhadap tubuhnya sendiri.

“Kerana mencintai isteri bermakna kita juga perlu menghormati haknya terhadap tubuhnya sendiri,” katanya yang mendapat pujian ramai pengguna media sosial.

Sementara itu, Siti Badriah mengaku tidak pernah memaksa suaminya untuk menjalani prosuder tersebut, malah sempat menangis dengan pengorbanan yang dibuat Krisjiana.

“Saya menangis. Bukan senang seorang lelaki atau suami mahu melakukan pengorbanan menjalani prosuder sedemikian.

“Tapi ia berbeza dengan suami saya. Saya sangat bangga dan Krisjiana seorang suami yang luar biasa.

“Saya juga sangat berterima kasih kepada dia kerana melakukan hal besar ini tanpa paksaan,” luahnya seperti dilaporkan Kapanlagi.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must Watch Video

Advertisement