Sekilas
- Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman ucap tahniah kepada isteri, Datin Seri Heliza Helmi, atas kemenangan trofi Aktres Pembantu Filem Popular baru-baru ini.
- Mahadi kagum dengan kesungguhan Heliza mengejar keredaan Allah selain senyuman manisnya yang memikat hati.
- Beliau juga menasihatkan Heliza agar teruskan perjuangan dakwah dalam dunia seni sebagai satu amanah dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Suami kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman memberi ucapan istimewa buat isterinya sempena kemenangannya di sebuah anugerah baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Mahadi mengakui dia bukan sahaja terpikat dengan senyuman Heliza tetapi kesungguhan isterinya mengejar keredaan Allah juga memikat hatinya.
“Alhamdulillah ya Allah. Aku jatuh cinta bukan hanya pada senyummu, tapi pada kesungguhanmu mengejar redaNya.
‘Tahniah my cute pondati @nurhelizahelmi atas penganugerahan trofi Aktres Pembantu Filem Popular baru-baru ini,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Mahadi juga menitipkan pesanan buat isterinya agar meneruskan perjuangan dakwah dalam dunia seni.
“Ingatlah yang ini bukan sekadar anugerah, tapi amanah. Semoga setiap langkah kita selepas ini lebih dekat kepada Allah dan memberi manfaat kepada ramai orang.
“Teruskan perjuangan dakwah dalam seni,” katanya lagi.
Sumber - Instagram