Skip to main content

Hiburan

"Suami Tak Pernah Balik Dengan..." - Intan Najuwa

"Suami Tak Pernah Balik Dengan..." - Intan Najuwa

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa berkongsi tentang suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, yang sentiasa membeli dari peniaga kecil setiap kali keluar.
  • Walaupun pembelian tidak besar, suaminya tetap berusaha membantu dan menceriakan hari peniaga kecil dengan cara yang mampu.
  • Netizen memuji sifat pemurah suami Intan dan mendoakan agar keluarga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.
Advertisement

Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi sifat pemurah suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman yang sentiasa prihatin dan gemar membantu golongan peniaga kecil.

Menerusi hantaran di Threads, Intan berkata suaminya tidak pernah pulang dengan tangan kosong apabila keluar, sebaliknya akan berusaha membeli sesuatu daripada peniaga kecil yang ditemuinya.

Advertisement

“Suami saya tak pernah balik dengan tangan kosong. Dia akan sentiasa beli sesuatu daripada peniaga kecil di luar sana," katanya.

Tambah Intan, meskipun adakala pembeliannya tidaklah begitu besar namun suaminya akan tetap cuba membantu dan menceriakan hari seseorang walaupun dengan perkara yang kecil.

“Walaupun jumlahnya tidak besar, dia tetap akan cuba membantu dengan apa sahaja cara yang dia mampu. Memang begitulah sifatnya dan dia sentiasa cuba menceriakan hari seseorang walaupun dengan perkara kecil,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat pemurah yang dimiliki suami Intan dan mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement