Skip to main content

Hiburan

Suara Disamakan Dengan Sajat, Lagu Baru Zarina Zainuddin Raih Perhatian Netizen

Zarina Nyanyi

Selepas tampil dengan video alunan zikir dan lagu untuk produk jualannya, pelakon  Zarina Zainuddin sekali lagi menyorot perhatian netizen dengan sebuah lagu ciptaan sendiri yang ditujukan khas buat para ibu.


Menurut Zarina, lagu Pesan Ibu Sebelum Pergi itulahir daripada pengalaman peribadinya sebagai seorang anak dan juga seorang ibu.


“Ini lagu yang saya karang sendiri khas dari saya untuk ibu ibu buat anaknya.. Saya ada anak anak saya juga dulu ada ibu tapi sekarang ibu saya dah tak ada lagi.. untuk anak anak semua semoga terus kuat menempuh hidup.


“Suara saya yang tak sedap ni hiraukan saja cuma dengar pesan ini .. walau apa pun terjadi anak anak tetap ada doa dan kasih sayang dari seorang insan bernama ibu,” katanya. 


Perkongsian usahawan pulut kuning itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan nyanyian Zarina.


“Wow dengar betul2 mcm suara sajat pulak.

“Banyak-banyak pesanan ibu, yang ni paling taknak dengar

“Sedap jugak..part time dia diam tu.

“Akhirnya aku terpaksa akui dato alif syukri penyanyi no 1.

“Selalu lagu ibu ayah akan sedih.. Kali ni saya happy ketawa.

“Mana adil dia pakai headphone kita dkt sini kena dengar dia nyanyi,” komen netizen.

Advertisement

Must-Watch Video