Skip to main content

Hiburan

Sudah Setahun Bergelar Suami, Danial Dashuki Ada Sebab Berahsia Soal Perkahwinan - “Ramai Sangat Kawan Artis Yang…”

Danial Dashuki

Sekilas

  • Pelakon Danial Dashuki mengesahkan sudah berkahwin dengan Tiara Suraya sejak 4 April 2025, namun memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun.
  • Pasangan ini bertunang pada Disember 2024 selepas mengenali antara satu sama lain selama tiga bulan di set penggambaran drama Di Hatiku Ada Kamu.
  • Danial memilih untuk tidak menghebahkan perkahwinan mereka awal kerana mahu menjaga privasi dan mengambil iktibar daripada kisah rumah tangga rakan selebriti yang berakhir dengan perceraian.
Advertisement

Pelakon, Danial Dashuki mengesahkan dirinya sudah menamatkan zaman bujang dan sah bergelar suami kepada pendatang baharu, Tiara Suraya sejak setahun yang lalu.

Menerusi Instagram (IG), Danial dilihat memuat naik semula hantaran dimuat naik isterinya yang meluahkan rasa syukur di atas pernikahan mereka yang berlangsung pada 4 April tahun lalu.

Advertisement

“4 April 2025 ialah hari pernikahan kami dan ianya tepat pada setahun yang lalu.

“Sepanjang setahun juga kami menyimpan momen indah ini, memeliharan penyatuan kami secara peribadi dan kini dengan sepenuh hati, kami sudah bersedia berkongsi berita istimewa ini kepada anda semua.

“Suamiku tercinta,menjadi isterimu telah memenuhi hidupku dengan satu ketenangan dan cinta yang dulu hanya mampu aku doakan,” luahnya.

Sementara itu, Danial memaklumkan bahawa dia lebih memilih untuk tidak menghebahkan perkahwinan tersebut kerana menjadikan kisah rumah tangga beberapa rakan selebriti sejak kebelakangan ini sebagai satu iktibar.

“Saya simpan rahsia bukannya kerana tidak mahu beritahu orang biar pun sedar perkahwinan sepatutnya elok dihebahkan tetapi memilih untuk simpan rahsia ini sebab senario semasa dalam industri hiburan sekarang melibatkan perkahwinan rakan selebriti.

“Setahun dua ini ramai sangat kawan-kawan artis yang putus, bercerai. Semalam pun ada dan jadi saya pilih untuk simpan dulu sampai hubungan kami menjadi kukuh.

“Kini barulah saya pilih untuk umum kepada orang ramai supaya tak ada penyakit-penyakit ain dan itu saya hendak fokus sebenarnya,” katanya.

Untuk rekod, Danial dan Tiara bertunang pada pada Disember 2024 selepas mengenali wanita itu di set penggambaran drama bersiri bertajuk Di Hatiku Ada Kamu walaupun berkenalan dalam tempoh singkat selama tiga bulan.

Sumber: Instagram, Malaysia Gazette

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Must Watch Video

Advertisement