Skip to main content

Selebriti

Sufi Rashid Dah Tahu Awal Sabronzo Nak Kahwin, Kecewa Bila Banyak Tuduhan Tak Berasas - “Korang Dah Buat Fitnah Yang Besar, Patut Minta Maaf”

Sufi Rashid Dah Tahu Awal Sabronzo Nak Kahwin, Kecewa Bila Banyak Tuduhan Tak Berasas

Penyanyi, Sufi Rashid mendedahkan mengetahui lebih awal mengenai hubungan ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo dengan jejaka pilihannya, Ryan Fieret.

Menurut Sufi, atau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, 34, perkara itu bukan lagi satu rahsia kerana hubungan pasangan tersebut sudah terjalin sejak tahun 2023.

Advertisement

“Sejujurnya saya secara peribadi tahu dia dengan Dash Berlin dan mereka sudah berkawan sejak tahun 2023.

“Ryan seorang lelaki yang baik, pendiam dan tak banyak bercakap. Hanya orang yang tahu saja tahu.

“Bila label Sabronzo iaitu Universal Music beritahu mereka akan berkahwin, saya tumpang gembira untuk mereka. Eloklah berkahwin daripada couple lama-lama,” ujarnya.

Sufi berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media tergempar Hafiz Suip yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Jelas Sufi, dia sudah menjangkakan bahawa perkahwinan Sabronzo pasti akan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat memandangkan nama Dolla sering mencuri perhatian ramai.

Namun, apa yang mengecewakan Sufi ialah apabila segelintir netizen sanggup melemparkan pelbagai dakwaan dan spekulasi tidak berasas terhadap penyanyi itu.

“Saya dah boleh agak peminat dan netizen akan buat pelbagai spekulasi bila Sabronzo berkahwin, sedangkan Dolla pun ramai yang cakap macam-macam.

“Apa yang terbaik adalah terus mendoakannya. Macam mana industri muzik kita nak maju? Kesian dia sebelum ini kena tuduh bukan-bukan.

“Selepas dia muat naik gambar dah kahwin, apa jadi dengan netizen yang kata buruk dulu. Anda sudah buat fitnah yang besar dan patut minta maaf,” jelasnya.

Untuk info, Sabronzo mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada Ryan Fieret pada Isnin.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu berlangsung secara sederhana di Bali, Indonesia.

Must-Watch Video

Advertisement