Skip to main content

Selebriti

Sumpahan Mencintai Buat Siti Hariesa Bergelut Dengan Trauma - “Bersikap Ceria Pada Situasi Normal, Kemudian…”

Sumpahan Mencintai Buat Siti Hariesa Bergelut Dengan Trauma - “Bersikap Ceria Pada Situasi Normal, Kemudian…”

Sekilas

  • Pelakon Siti Hariesa teruja dapat membawa watak Akiera dalam drama terbaru Sumpahan Mencintai yang menampilkan cabaran emosi berganda.
  • Drama ini mengisahkan Akiera yang cuba meneruskan hidup selepas mengalami trauma diculik dan menyaksikan pembunuhan, sambil menghadapi penolakan masyarakat dan keluarga.
  • Sumpahan Mencintai disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Sooka, menampilkan elemen emosi, kekeluargaan, cinta, dan misteri.
Advertisement

Pelakon, Siti Hariesa menyatakan rasa teruja dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk membawakan watak Akiera dalam drama terbaharu berjudul Sumpahan Mencintai.

Menurut Hariesa, Sumpahan Mencintai memberi dirinya cabaran yang berbeza terutama dalam bermain dengan dua emosi pada satu karakter.

Advertisement

“Sebagai Akiera saya perlu banyak bermain dengan emosi seperti bersikap ceria pada situasi normal dan kemudian menjadi trauma apabila terkenang hal-hal buruk yang berlaku kepadanya.

“Jadi boleh dikatakan saya berjaya menjalani transisi mood normal ke trauma atau sebaliknya adalah dengan mengikut emosi dan pemahaman saya selepas membaca skrip serta bantuan pengarah serta seluruh tim produksi drama ini,” ujarnya.

Sumpahan Mencintai mengangkat kisah seorang wanita yang cuba meneruskan kehidupan selepas melalui pengalaman traumatik.

Advertisement

Drama ini kemudiannya dicantikkan lagi dengan gabungan elemen emosi, kekeluargaan, cinta dan misteri menerusi karakter Akiera serta Zakief yang dibawakan Niezam Zaidi.

Menariknya lagi, drama terbitan Radius One Sdn. Bhd ini menerima sentuhan sutradara berkaliber, Rashid Sibir.

Lebih mengujakan, Sumpahan Mencintai menyaksikan Hariesa bergelut dengan trauma sementara Niezam Zaidi yang sudah ‘pekat’ dengan karakter antagonis menghidupkan watak ‘green flag’ dalam ‘bahasanya’ tersendiri.

Selain Hariesa, Sumpahan Mencintai dibintangi oleh Nafiez Zaidi, Yuna Rahim, Uyaina Arshad, Ellya Keesha, Dilla Ahmad, Zaid Erakad dan Sharul Kamal.

Saksikan Sumpahan Mencintai setiap Isninhingga Khamis, jam 10 malam menerusi Slot Megadrama di Astro Ria atau sooka.

Sinopsis:

Sumpahan Mencintai mengisahkan tentang Akiera seorang wanita yang kembali ke kampung halaman selepas tiga tahun dengan membawa kesan daripada satu kejadian besar yang telah mengubah hidupnya.

Akiera telah diculik dan dipaksa menyaksikan satu pembunuhan. 

Namun, kebenaran mengenai kejadian tersebut dirahsiakan demi menjaga hubungan kekeluargaan, menyebabkan Akiera terpaksa memikul beban trauma itu dalam diam.

Kepulangannya ke kampung pula tidak seperti yang diharapkan apabila dia berdepan dengan tuduhan, penolakan dan pandangan serong masyarakat, termasuk daripada individu terdekatnya.

Di sinilah perjalanan Akiera menjadi antara fokus utama Sumpahan Mencintai, bagaimana seorang wanita yang telah melalui pengalaman traumatik cuba meneruskan kehidupan apabila orang di sekelilingnya hanya melihat apa yang berlaku di permukaan tanpa mengetahui cerita sebenar.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement