Skip to main content

Hiburan

Sweet Sangat! Netizen Tak Keruan Tengok Syed Saddiq ‘Payungkan’ Bella Astillah Guna Tangan - “Act Of Service YB Konsisten”

Astro Gempak 396

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq dilihat menikmati hidangan asam pedas di Muar dalam momen spontan yang tular di media sosial.
  • Syed Saddiq memayungkan Bella dengan tangan ketika berjalan di bawah cuaca panas, menarik perhatian ramai netizen.
  • Pasangan ini baru sahaja mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Advertisement

Momen-momen spontan membabitkan pasangan tunang selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian sebuah akaun @teamsaddiq di Instagram, pasangan tersebut dilihat meluangkan masa bersama menikmati hidangan di sebuah kedai asam pedas di Muar.

Advertisement

Lebih mencuri tumpuan, satu lagi video memaparkan tindakan Syed Saddiq yang ‘memayungkan’ Bella menggunakan tangan ketika mereka berjalan di bawah cuaca panas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa gembira selain mendoakan kebahagiaan buat mereka.

“Bahagianya nampak mereka bersama, semoga yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.

“Act of service YB konsisten, tapi lepas tunang ini nampak lagi ‘sweet’. Nanti lepas kahwin rasanya kami semua kena pasang tangki oksigen.

“Seronok tengok mereka makan asam pedas, nampak santai dan bahagia,” komen beberapa netizen. 

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun menggayakan busana berwarna hijau sage rekaan Atelia Amani.

Anda mungkin berminat dengan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Must Watch Video

Advertisement