Skip to main content

Hiburan

Syanie Makin Tegas Pilih Watak, Enggan Skrip Jejas Maruah Diri & Keluarga - “Bukanlah Kata Kita Ini Nak Diva Tapi…”

Syanie

Sekilas

  • Pelakon Syanie kini lebih tegas memilih skrip dan watak yang tidak menjatuhkan maruah diri atau keluarga.
  • Dia sentiasa berhati-hati menilai tawaran lakonan sejak muda dan jarang menerima watak yang memalukan.
  • Sementara menunggu peluang berlakon, Syanie aktif berniaga makanan dan berinteraksi dengan peminat melalui siaran langsung di TikTok.
Advertisement

Pelakon Syanie mengakui kini dia semakin tegas dalam memilih skrip dan watak yang ditawarkan kepadanya.

 

Advertisement

Menurut Syanie, dia enggan menerima sebarang watak yang dirasakan boleh menjatuhkan maruah diri atau keluarganya semata-mata untuk menjayakan babak komedi.

 

Katanya, sejak dahulu lagi dia cukup berhati-hati dalam menilai skrip sebelum membuat keputusan untuk menerima sesebuah tawaran.

Advertisement

 

“Dulu masa kita muda-muda, saya memang bagi skrip dekat ibu suruh baca sama ada okey atau tidak cerita ini. Lepas itu saya sendiri nilai.

 

“Dan saya memang dari dulu jarang sangat ambil cerita yang memalukan diri sendiri. Bukanlah kata kita ini nak diva, tidak. Tetapi tak naklah memalukan saya,” katanya.

 

Sementara menantikan peluang untuk kembali ke set penggambaran, Syanie memilih untuk mengisi masa dengan melakukan perniagaan makanan selain menghadiri pelbagai majlis.

 

Malah, dia turut aktif berinteraksi dengan peminat menerusi TikTok, terutama ketika melakukan siaran langsung.

 

“Sepanjang dua tahun ini saya berehat di rumah, berniaga makanan seperti menerima tempahan roti jala serta rendang, dan sertai majlis-majlis.

 

“Kadang-kadang saya buat siaran langsung di TikTok sebab rindu nak menyapa peminat yang kerap bertanya bila saya nak berlakon semula,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

Kanaya Daily Set JUMBO SIZE Women's Set CringkleAirflow Plain Latest Elegant Model Baju Set Seluar Blouse Korean Style Set OOTD Set

Kanaya Daily Set JUMBO SIZE Women's Set CringkleAirflow Plain Latest Elegant Model Baju Set Seluar Blouse Korean Style Set OOTD Set

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Must Watch Video

Advertisement