Skip to main content

Hiburan

Syasya Rizal ‘Cover’ Lagu Sembuh Tanpaku, Dedikasi Khas Buat Peminat - “Dulu Anda Kenal Saya Sebagai…”

Syasya Rizal

Sekilas

  • Syasya Rizal berkongsi video cover lagu 'Sembuh Tanpaku' sebagai penghargaan kepada peminat yang menyokongnya sejak awal karier.
  • Bekas ahli kumpulan Dolla ini mengimbau perjalanan seni dan mengakui keputusan meninggalkan kumpulan mendapat pelbagai reaksi.
  • Walaupun ada yang tidak setuju, Syasya tetap bersyukur dengan sokongan berterusan dari peminat dan orang tersayang.
Advertisement

Penyanyi, Syasya Rizal menyorot perhatian sewaktu berkongsi video ‘cover’ dirinya yang menyanyikan lagu asal penyanyi Indonesia, Fajar Noor yang berjudul Sembuh Tanpaku.

Menerusi Threads, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal ini memaklumkan bahawa ‘cover’ tersebut ditujukan buat semua peminat yang mengikuti perjalanan karier seninya sejak awal pembabitan dalam industri.

Advertisement

Syasya yang turut mengimbau semula zaman sewaktu dirinya dikenali sebagai ‘Syasya Dolla’ meluahkan rasa penghargaan buat mereka yang sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa berada di belakangnya.

“Pernah suatu ketika, ada yang mengenali saya sebagai ‘Syasya Dolla’. Kalian melihat saya membesar, menyokong saya, menyanyi bersama, mempertahankan saya.

“Kalian juga menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya dengan cara yang mungkin anda sendiri tidak sedari.

Advertisement

“Bukan kerana saya membenci diri saya yang dulu, tetapi kadang-kadang proses membesar bermaksud memilih jalan yang berbeza, walaupun tidak semua orang memahaminya,” kongsinya.

Tambah bekas ahli kumpulan Dolla itu, keputusan yang dibuatnya sebelum ini membuatkan tidak ramai yang bersetuju malah ada juga yang memilih untuk tidak lagi memberikan sokongan.

Sungguhpun begitu, ibu kepada dua orang anak ini tetap bersyukur kerana masih ada peminat dan orang tersayang yang memberikan sokongan terhadapnya.

“Saya tahu tak semuanya kekal dan saya tahu tak semuanya setuju dengan keputusan yang saya buat.

“Tapi walau apa pun yang berlaku, saya akan sentiasa menghargai mereka yang menyokong saya dalam setiap perkara yang saya lakukan,” luahnya lagi.

Di akhir perkongsian, Syasya memaklumkan bahawa video ‘cover’ dilakukannya itu dituju khas buat semua yang menyokongnya dari bawah.

Untuk rekod, Syasya mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengunduran diri dari kumpulan Dolla pada 2024.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement