Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi pengalaman peribadi apabila gurauan kasarnya terhadap suami bertukar menjadi kenyataan hingga membuatkan dirinya rasa bersalah.
Advertisement
Menerusi satu perkongsian di Threads, Syasya mendedahkan perkara itu berlaku ketika dirinya tidak sihat beberapa hari lalu.
“Bila sakit dan emosi, saya tidak sengaja buat sesuatu yang tidak patut. Masa tengah demam, saya terasa hati dengan suami.
“Mulut terlepas doa – ‘saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit’. Ketika itu saya ingat hanya marah sekejap, gurau kasar sebab demam. Tak sangka, doa itu betul-betul jadi,” katanya.
Jelasnya lagi, sebaik sahaja menyedari doa itu termakbul, dia terus merasa bersalah dan menyifatkan kata-kata seorang isteri memang ‘masin’.
“Ya Allah, masa itu terus rasa berdosa. Mulut isteri memang masin. Jangan doa yang tak baik untuk suami. Walau dalam keadaan marah atau sakit hati.
“Doa isteri mustajab, sangat masin. Kadang lebih cepat termakbul dari apa kita sangka,” tambahnya.
Syasya dalam pada itu mengingatkan kaum isteri agar lebih berhati-hati dalam meluahkan perasaan kerana doa seorang isteri sangat mudah dimakbulkan.
“Daripada doa benda yang tak baik, gunakan kuasa doa isteri untuk benda baik-baik. Sebab doa seorang isteri bukan sekadar kata-kata, itulah doa paling cepat Allah makbulkan,” ujarnya.
Sumber: Threads @syasya.rzl