Skip to main content

Filem

Syukur CHELOT Raih RM19.5 Juta, Adrian Teh Umum - “CHELOT 2 Is A Go!”

Syukur CHELOT Raih RM19.5 Juta, Adrian Teh Umum - “CHELOT 2 Is A Go!”

Sekilas

  • Filem aksi tempatan CHELOT berjaya mengumpul kutipan rasmi sebanyak RM19.5 juta setakat 27 September.
  • Pengarah Adrian Teh mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan walaupun persaingan dengan platform OTT semakin sengit.
  • Adrian mengumumkan bahawa sekuel CHELOT 2 sedang dalam proses penulisan skrip dan akan diteruskan pada masa akan datang.
Advertisement

Filem aksi tempatan, CHELOT terus melakar kejayaan yang tersendiri apabila berjaya mengumpul kutipan rasmi mencecah RM19.5 juta.

Pengarahnya, Adrian Teh juga menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan terhadap filem berkenaan.

Advertisement

“Setakat 27 September CHELOT berjaya menerima kutipan sebanyak RM19.5 juta. Saya rasa amat berbangga dan terima kasih kepada yang memberikan sokongan.

“Tak senang untuk buat box office lagi pada zaman sekarang kerana penonton pada masa kini mempunyai lebih banyak pilihan seperti platform OTT dan sebagainya, jadi saya amat bersyukur,” katanya.

Adrian berkata demikian ketika ditemui pada majlis penghargaan CHELOT bertempat di restoran Bonda.

Advertisement

Dalam masa yang sama, Adrian juga secara rasminya mengumumkan bahawa fenomena CHELOT bakal diteruskan menerusi sekuel terbaharu, CHELOT 2!

“CHELOT 2 is a go! Tetapi buat masa sekarang kami masih dalam proses untuk meneliti skrip tetapi bagaimanapun bukan dalam masa terdekat ini,” ujarnya ringkas.

Untuk info, Chelot yang dibintangi oleh Shaheizy Sam,  Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Azhan Rani dan Shaza Bae ini masih ditayangkan di pawagam.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement