Skip to main content

Hiburan

Tahun Penuh Dugaan, Aaron Aziz Luah Rasa Penat – “Nak Senyum Pun Kena Paksa”

aaron

Pelakon, Aaron Aziz mencuri perhatian warganet selepas memuat naik luahan penuh emosi di platform Threads yang menggambarkan dirinya berdepan tekanan dan keletihan sepanjang tahun ini.

Menerusi hantaran tersebut, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz berkata, tahun 2025 merupakan antara tempoh paling mencabar dalam hidupnya apabila dipenuhi pelbagai dugaan dan kekecewaan.

aaron

Advertisement

“Tahun ni penuh dugaan dan kecewaan. Penat dah. So freaking tired. Nak senyum pun kena paksa,” tulis pelakon filem KL Gangster itu.

Walaupun tidak menyatakan secara terperinci punca luahan berkenaan atau kepada siapa ia ditujukan, kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat yang mula membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat.

Rata-rata menitipkan doa agar pelakon berusia 49 tahun itu terus kuat mengharungi ujian hidup dan kembali bangkit seperti biasa.

“Stay strong abang Aaron, setiap ujian Allah pasti ada hikmah.

“Kadang-kadang kita semua penat, tapi jangan pernah berhenti berjuang,” komen beberapa netizen. 

 

Sumber: Thread

Must-Watch Video

Advertisement