Skip to main content

Hiburan

Tak Biasa Dengan ‘Skincare’, Syed Saddiq Buat ‘Research’ Di TikTok Demi Tunang – “Kalau Bella Glowing, Saya Pun Gembira”

Astro Gempak 418

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, berkongsi pengalaman menyediakan hadiah istimewa untuk tunangnya, Bella Astillah, serta dua anaknya, Ayden dan Ara.
  • Walaupun jarang membeli-belah di mall, Saddiq membuat pengecualian dengan membeli sembilan barang termasuk koleksi Popmart dan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk mereka bertiga.
  • Setiap hadiah dipilih dengan teliti selepas membuat kajian supaya ia benar-benar unik, sesuai, dan digunakan oleh penerima.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq berkongsi momen menyediakan hadiah istimewa buat tunangnya, Bella Astillah serta dua anak penyanyi itu, Ayden dan Ara.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Saddiq mengakui dia bukan seorang yang gemar membeli-belah di pusat beli-belah, namun membuat pengecualian khas demi insan tersayang.

Advertisement

“Saya jarang nak pergi ‘shopping’ dekat mall, tapi demi Bella dan Ara kita bagi pengecualian khas.

 

@syedsaddiq

Penat rupanya pusing pusing mall but whatever that makes Bella and kids happy ❤️

♬ original sound - Syed Saddiq

 “Kita ada siapkan ‘personalised gift’ untuk mereka bertiga, ada sembilan barang saya beli untuk mereka,” katanya.

 

Dalam video tersebut, Saddiq turut menunjukkan antara barangan yang dibeli termasuk koleksi Popmart serta produk penjagaan kulit.

“Kita mula dengan Ayden dan Ara. Ara suka Crybaby, Ayden pula kita dapatkan Popmart Iron Man sebab kita dah jadi ‘Iron Kid’.

“Ada juga ‘hand sanitizer’, coklat untuk Bella. Skincare pula saya tak familiar sangat, tapi bila baca di TikTok ramai yang ‘recommend’ untuk kulit glowing.

“Walaupun kulit saya tak glowing, tapi kalau kulit tunang glowing saya pun gembira,” ujarnya berseloroh.

Menurutnya lagi, setiap pembelian dibuat dengan teliti bagi memastikan hadiah tersebut benar-benar sesuai dan digunakan.

“Saya kena betul-betul memahami mereka bertiga, takut membazir kalau dah beli tapi tak pakai.

“Sebab itu saya buat ‘research’, bukan setakat tanya, tapi cari sendiri supaya hadiah itu lebih unik dan ‘customised’,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Must Watch Video

Advertisement