Skip to main content

Artis Antarabangsa

Tak Boleh Hidup Tanpa Suami! Penyanyi Popular Buat ‘U-Turn’, Batal Hasrat Cerai - “Aku Stres…”

Pinkan Mambo

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia Pinkan Mambo kembali rujuk dengan suaminya, Arya Khan, selepas seminggu bercerai akibat salah faham kecil.
  • Pinkan mengakui tidak boleh hidup tanpa suaminya dan kini hubungan mereka lebih mesra serta sayang antara satu sama lain.
  • Mereka berkahwin pada Disember 2023 dan masalah yang timbul sebelum ini sudah diselesaikan dengan baik.

Selepas seminggu bercerai, penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo dilaporkan kembali rujuk bersama suaminya, Arya Khan.

Menurut Pinkan, keputusan itu dibuat kerana dirinya tidak boleh hidup tanpa suami tercintanya di sisi.

“Saya stres sebab saya tak boleh hidup tanpa dia.”

“Kami sudah kembali bersama. Sekarang kami semakin sayang antara satu sama lain, malah lebih mesra. Saya nak beritahu semua orang, dia milik saya,” ujarnya.

Bercerita mengenai sebab ingin bercerai, Pinkan berkata berlaku sedikit salah faham sehingga menyebabkan dia dan Aryan bertengkar.

Walau bagaimanapun, Pinkan yang menyifatkan Aryan sebagai seorang suami yang baik menejelaskan bahawa salah faham itu telah pun diselesaikan.

“Kami hanya bergaduh sedikit, tetapi masalah kecil menjadi besar hingga menyebabkan kami berpisah.”

“Cara pemikiran kami berbeza. Bagi dia masalah itu besar, tetapi bagi saya ia kecil Jadi apabila sedang emosi, saya memilih untuk berehat seketika.

“Dia sangat baik cuma ukuran kami berbeza. Kalau saya, saya mahu terus diberi. Dia pula kadang-kadang perlu dipujuk dahulu baru beri. Tetapi kalau saya minta sesuatu, dia tidak pernah menolak,” kongsinya.

Terdahulu, Pinkan mengumumkan perceraian dengan Aryan kerana mendakwa sudah tidak tahan dan muak dengan perangai suaminya itu.

Pinkan mendakwa Arya telah menyembunyikan wang puluhan juta rupiah untuk membina rumah secara senyap-senyap.

Untuk rekod, Pinkan dan Arya mendirikan rumah tangga dalam satu majlis sederhana pada Disember 2023.

Sumber: CNN Indonesia

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement