Skip to main content

Hiburan

“Tak Jadi Letak Nama Urelius, Risau Anak Kena Ejek” – Uyaina Arshad

Astro Gempak 330

Sekilas

  • Uyaina Arshad pernah terfikir untuk menamakan anak ketiganya 'Urelius', yang diinspirasikan daripada nama Latin 'Aurelius' bermaksud emas.
  • Dia memilih nama Uzayn kerana risau nama Urelius terlalu berat dan boleh menyebabkan anaknya diejek di sekolah.
  • Uyaina berkongsi pengalaman sendiri pernah diejek kerana nama uniknya ketika sekolah, tetapi akhirnya bangga dengan identitinya itu.

Pengacara Uyaina Arshad mendedahkan pernah terfikir untuk menamakan anak ketiganya, Uzayn sebagai ‘Urelius’.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina berkongsi idea di sebalik pemilihan nama anak-anaknya yang sarat dengan makna dan inspirasi tersendiri.

gvdbfb

“Untuk anak ketiga, sebenarnya saya berbelah bahagi antara dua nama.

“Selain Uzayn, saya juga suka nama Urelius yang diinspirasikan daripada ‘Aurelius’ yang bermaksud ‘emas’ dalam bahasa Latin,” katanya.

Tambahnya, idea tersebut timbul kerana dia sangat menggemari emas ketika hamil anak ketiga.

“Disebabkan waktu mengandung, saya suka sangat emas, jadi terfikir nak letak nama itu. Tambahan pula, Marcus Aurelius merupakan seorang maharaja Rom yang terkenal,” ujarnya.

Bagaimanapun, Uyaina mengambil keputusan untuk tidak menggunakan nama tersebut kerana menganggap ia agak ‘berat’ dalam konteks masyarakat tempatan.

Susulan itu nama tersebut dibatalkan kerana bimbang anaknya menjadi bahan ejekan.

“Tapi fikir punya fikir, nama itu agak berat untuk konteks di Malaysia. Risau dia kena ejek di sekolah.

“Kanak-kanak boleh jadi kejam. Kena ejek nama waktu sekolah memang sangat menyakitkan,” katanya.

Uyaina turut berkongsi pengalaman dirinya yang pernah diejek kerana nama sendiri ketika di bangku sekolah rendah.

“Saya dulu pun pernah kena ejek nama Uyaina. Mereka kata pelik.

“Masuk sekolah menengah, saya minta orang panggil nama tengah saya, Naseha sebab takut kena ejek lagi.

“Bila masuk universiti, saya kembali gunakan nama Uyaina sebab sedar nama itu unik. Masa itu, tak ada orang guna nama tersebut.

“Nama unik itu adalah identiti saya dan saya bangga dengannya,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement