Skip to main content

Hiburan

Tak Payah Fikir Skrip, ‘Call Time, Danny Enjoy Bawa Grab: “Easy Monay, Yang Penting…”

Tak Payah Fikir Skrip, ‘Call Time, Danny Enjoy Bawa Grab: “Easy Monay, Yang Penting…”

Sekilas

  • Danny X Factor kekal menjadi pemandu e-hailing sejak 2017 walaupun kembali aktif dalam dunia seni bersama kumpulan X Factor.
  • Dia memilih kerja ini kerana fleksibel, memberi pendapatan lumayan, dan membolehkan dia luangkan masa bersama keluarga terutama anak lelakinya yang berusia 7 tahun.
  • X Factor akan melancarkan single kedua pada Disember dan mengadakan showcase berbayar pada 12 Disember di Aneka Walk, Shah Alam.
Advertisement

Danny X Factor boleh sahaja terus dibuai dunia glamor yang telah mengharumkan namanya sebagai penyanyi, model serta pelakon.

Namun, sentiasa sedar diri mahu hidup lebih banyak dihabiskan dengan keluarga terutama anak lelakinya,  yang berusia 7 tahun, Danny sanggup menjadi pemandu e hailing Grab.

Advertisement

Sudah menjadi pemandu e-hailing sejak tahun 2017, Danny memberitahu dia tidak terfikir untuk ‘berhenti kerja’, meski X Factor sudah melancarkan single pertama mereka berjudul Walu Walu pada Jun lalu.

“Saya tidak terfikir untuk berhenti bawa Grab walaupun X Factor kembali ke persana seni selepas 17 tahun menyepi.

“Saya seronok malah baru sahaja menukar kereta baharu untuk enam tempat duduk,” katanya sewaktu ditemui di Peranakan Place, Petaling Street baru-baru ini.

Advertisement

Malah kata pemilik nama sebenar Mohd Kardanie Anwa, 46, kerjaya tersebut langsung tidak menjatuhkan maruahnya sebagai selebriti.

“Pada saya bawa Grab lebih tenang, easy money. Saya ambil kemudian ‘drop’, Tak perlu fikir soal production, call time atau nak hafak skrip. Yang penting penumpang saya selamat tiba,” katanya sambil ketawa.

Dia kemudian memberitahu pendapatan yang diperoleh menjadi pemandu e-hailing juga lumayan dan paling penting punya masa untuk dihabiskan bersama keluarga.

“Saya biasanya memandu di kawasan lapangan terbang dan jika rajin boleh meraih pendapatan sehingga RM500 hingga RM600 sehari jika rajin.

“Biasanya saya keluar seawal empat pagi dan petang sudah pulang jadi waktu malam boleh habiskan bersama anak.

“Lagipun ia juga fleksibel saya boleh bergilir menjaga anak bersama isteri jika dia tidak ‘terbang’ (isteri Danny seorang pramugari).

“Paling penting dalam masa yang sama, saya masih boleh aktiif dan bergerak bersama X Factor,” hujah Danny.

Berbicara lanjut mengenai X factor, Danny memberitahu mereka akan mengeluarkan single kedua menjelang Disember dan bakal mengadakan  showcase pada 12 Disember ini di Aneka Walk, Shah Alam, Selangor.

“X Faktor akan melancarkan single kedua sekitar Disember dan sebelum Januari kerana rekod label mahu menghantar penyertaan dalam AIM akan datang.

“Pada masa yang sama, kami juga akan mengadakan persembahan berbayar pada 12 Disember ini di Aneka Walk, Shah Alam.

“Cuma kekangan X factor untuk memenuhi banyak undangan lain adalah kerana ada dalam kalangan kami memiliki pekerjaan tetap, jadi biasanya jika ada ‘tempahan’ perlu dibuat dua minggu awal agar semua anggota dapat memberi komitmen,” jelas Danny.

Dan katanya, aktif semula bersama kumpulan tersebut setakat ini tidak menganggu tahap kesihatannya selepas menjalani pembedahan akibat penyakit 'Sciatica' pada Mac lalu.

“Alhamdulillah sekarang semakin sihat dan menjalani fisioterapi. Cuma selepas pembedahan, saya tidak boleh mengangkat barang berat dan duduk memandu terlalu lama.

“Tapi untuk aktif dan menari tanpa beban yang berat terutama pada bahagian belakang badan, Insha Allah okay,” kata Danny lagi.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement