Skip to main content

Hiburan

Tak Pernah Dibuburkan, X Factor Kembali Selepas 17 Tahun - "Kehilangan Kami Selama Ini Bukan Sebab Bergaduh Sebaliknya..."

IMG 5199

Sekilas

  • Kumpulan boyband popular era 90-an, X Factor, kembali aktif selepas 17 tahun dengan lagu terbaru berjudul Walu Walu.
  • Ahli kumpulan menegaskan mereka tidak pernah bergaduh, cuma sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing sepanjang tempoh tidak aktif.
  • X Factor mendapat kebenaran daripada KRU untuk terus menggunakan nama kumpulan dan lagu terbaru mereka sudah boleh didengar di semua platform penstriman.
Advertisement

Selepas 17 tahun tidak bergiat aktif, kumpulan boyband popular era 90-an, X Factor kembali membuat kemunculan dengan menampilkan lagu terbaharu mereka berjudul Walu Walu.


 

Advertisement

Dengan tagline X is Back!, kumpulan dianggotai Fendi, 49, Zack, 49, Jim, 44, Danny, 46, dan Shah, 48, menegaskan mereka tidak pernah berbalah biarpun tidak berhubung satu sama lain sepanjang tempoh tidak aktif.


 

“Kehilangan kami selama ini dari industri bukan sebab bergaduh, sebaliknya selepas masing-masing berkeluarga dan ada kerjaya perlahan-lahan kumpulan ini jadi senyap.


 

“Masing-masing terus buat hal sendiri dan sepanjang tempoh itu juga kami langsung tidak berhubung mahupun bertanya khabar.


 

“Tapi kumpulan X Factor tak pernah dibubarkan secara rasmi hanya bawa haluan sendiri,” kata Fendi kepada Gempak.


 

X Factor berkongsi perkara itu ketika majlis memperkenalkan single terbaru mereka berjudul Walu Walu, di Urbanhive @ Putrajaya, baru-baru ini.


 

Sementara itu Danny pula berkata, X Factor mendapat lampu hijau daripada KRU untuk terus memakai nama berkenaan.


 

“KRU masih membenarkan kami menggunakan nama X Factor, jika tidak kami dah tukar nama kumpulan ini.


 

“Kami juga ada undang anggota KRU tapi kami faham mereka pun sibuk, jadi tak dapat hadir,” katanya.


 

Lagu terbaharu mereka kini sudah boleh dinikmati di semua platform penstriman.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement